top of page

Tuhan Sentiasa Melindungi Orang Benar

17 hours ago
2 min read

Walaupun Abram telah berbohong kepada orang Mesir, sewaktu dia dan isterinya sedang melintasi sempadan negeri Mesir. Namun Tuhan tetap melindungi isterinya daripada dinodai oleh raja Mesir, demikian juga dengan diri Abram, dia tetap dilindungi oleh Tuhan daripada ancaman orang Mesir.


Oleh kerana Sarai memberitahu orang Mesir bahawa dia adalah adik kepada Abram, oleh itu Sarai dibawa oleh beberapa orang pegawai istana pergi ke istana raja. Oleh kerana Tuhan sangat mengasihi Abram dengan itu Tuhan melindungi Sarai daripada disentuh oleh raja. Tuhan bukan bersetuju dengan pembohongan yang mereka telah lakukan kepada orang Mesir, tetapi Tuhan berpegang dengan janji-Nya bahawa Dia akan menjadikan diri Abram sebuah bangsa yang besar dan termasyur dan menjadi berkat kepada bangsa-bangsa.


Tuhan tidak pernah lupa akan janji-Nya kepada Abram, walaupun Dia tidak mahu kebohongan yang dilakukan oleh Abram, tetapi kasih setia-Nya kepada Abram tidak pernah berubah. Dia menyatakan kasih setia-Nya kepada Abram melalui “…penyakit yang sangat dahsyat..” kepada raja serta semua orang yang ada di dalam istana raja..”. (Kejadian 12:17)


Oleh yang demikian kita sebagai orang yang percaya kepada Tuhan Yesus, kita tidak seharusnya mengambil kasih anugerah Tuhan terhadap kita sebagai kesempatan untuk melakukan kejahatan. Tetapi kita harus menjaga kehidupan kita sentiasa kudus dan berkenan kepada Tuhan sentiasa. Sebab Tuhan mahu kekudusan sebab Dia adalah Tuhan yang kudus adanya (1 Petrus 1:16).


Keperibadian Tuhan adalah tidak pernah berubah terhadap diri kita, walaupun kita sering kali menjauhi diri kita daripada-Nya. Namun kasih-Nya kepada kita tetap sama dahulu, sekarang dan selama-lamanya. Oleh itu berjalanlah akrab dengan Tuhan selama kita hidup, jangan sekali-kali menjauhkan diri daripada Tuhan.


Allah sudah berfirman, “Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.” Ibrani 13:5b


Doa: Tuhan Yesus, saya datang kepadaMu memohon agar Tuhan memberikan hati yang sentiasa mengasihiMu. Tuhan ajar saya untuk menjalani kehidupan yang sentiasa berkenaan kepadaMu. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa Amin.


Oleh: Pr. Patrick Taie

Sumber: Whatassap Channel@Renungan@Patrick Taie

Comments


bottom of page