top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Di Tengah Badai, Tetap Tenang
Markus 4:35–41 | Yesaya 43:2 Bayangkan sebuah kapal papan yang kecil sedang berada di tengah lautan luas. Tiba-tiba kedengaran siren amaran tsunami. Gelombang yang sangat besar muncul dari hadapan dan dari setiap arah. Kapal-kapal lain kelihatan tidak berdaya, bahkan ada yang ditelan oleh ombak yang mengganas. Di tengah keadaan yang begitu mencemaskan, ada satu perkara yang luar biasa hati tetap tenang, sekalipun bahaya berada di hadapan. Demikian juga dalam perjalanan iman d


Apabila Dunia Berubah, Jangan Biarkan Dasar Kita Berubah
Melihat kembali perjalanan saya dalam pelayanan dan kepimpinan, saya semakin memahami bahawa iman Kristian bukan sekadar sesuatu yang kita tahu, tetapi dasar yang menentukan bagaimana kita hidup, membuat keputusan, menghadapi cabaran dan melihat masa depan. Kita boleh mempunyai pengalaman, kedudukan, pendidikan, jaringan yang luas dan pelbagai kemudahan. Namun, apabila dasar kehidupan kita tidak kukuh, semuanya boleh tergoncang ketika tekanan datang. Yesus sendiri memberikan


Tuhan Mengasihi, Tetapi Tidak Memanjakan
Sebagai orang yang percaya kepada Tuhan yang telah turun mencari dan menyelamatkan kita dalam Tuhan Yesus Kristus, kita perlu sedar bahawa Tuhan sangat mengasihi kita, tetapi kasih-Nya tidak bererti Dia akan memanjakan kita dengan kehidupan yang sentiasa mudah. Yakub dipilih Tuhan, namun jalannya penuh pergumulan. Para rasul dikasihi Kristus, namun mereka juga mengenal penderitaan dan jalan memikul salib. Sebab itu, ketika hidup menjadi sukar, jangan terlalu cepat menyimpulk


Tangan Yang Kosong, Hidup Yang Bermakna
Ada sebuah kisah popular mengenai Alexander Agung, seorang pemerintah yang pernah menakluki banyak wilayah, membina empayar yang besar dan mengumpulkan kekayaan yang luar biasa. Namun, ketika hidupnya hampir berakhir, segala kekuasaan, kemenangan dan kekayaan yang dimilikinya tidak lagi mampu menolongnya. Dikatakan bahawa sebelum meninggal dunia, dia meninggalkan tiga permintaan terakhir. 1. Pertama, dia mahu para tabib membawa kerandanya. Hal ini untuk mengingatkan bahawa se


Tuhan Memperhatikan Apa Yang Kita Perbuat
Tuhan kita adalah Tuhan yang mahahadir atau mahatahu, hal ini bermakna bahawa Dia Tuhan yang tahu segala yang kita sedang lakukan atau yang telah kita lakukan. Demikian juga Dia mengetahui segala yang kita fikirkan, katakan bahkan apa yang kita lakukan. Dengan itu kita harus berhati-hati dalam semua yang kita sedang lakukan setiap hari. Sebab Dia Tuhan yang sedang memperhatikan apa yang kita sedang lakukan setiap hari. Sewaktu manusia sedang merancang untuk membina kota denga


Jangan Menghakimi
Slogan yang balik-balik dipakai dan balik-balik diulangi berpotensi kedengaran sebagai kebenaran. Jikalau disuarakan dengan lantang dan dipakai dalam konteks gereja, tidak hairan hal itu dianggap Alkitabiah. Tapi di sanalah bahayanya ketika maksud sebenar sudah terbuang. "Jangan menghakimi!" ialah salah satu daripada slogan itu. Anak-anak generasi ini sangat suka menggunakan frasa ini, kerana mereka tidak mahu dikritik atau ditegur. Sebarang kata negatif disusuli dengan kenya


TEGUH SAMPAI AKHIR — APA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SETIA?
Beberapa hari ini saya merenungkan kisah daripada buku Strong to the End: The Simple Service and Sudden Sacrifice of the Martyrs in Haiti. Buku ini membawa saya melihat kembali satu persoalan yang sangat dekat dengan kehidupan dan pelayanan saya: Apakah sebenarnya ukuran sebuah kehidupan yang berjaya di hadapan Tuhan? Adakah kerana kita hidup lama? Adakah kerana pelayanan kita besar? Adakah kerana ramai orang mengenali kita? Adakah kerana pekerjaan kita berjaya? Atau kerana k


Motif Rancangan Yang Salah, Memimpin Kepada Kehancuran
Dalam hidup ini kita perlu ada perancangan dalam segala yang kita mahu lakukan, perancangan akan memimpin kita arah yang kita mahu capaikan. Tanpa perancangan maka kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan pada hari yang mendatang. Oleh itu, Perancangan dalam hidup memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan sesuatu kumpulan. Oleh itu, Perancangan haruslah berdasar pada hati Tuhan, sebab tanpa bimbingan Tuhan maka bangsa akan menjadi bangsa yang penuh kekacauan


Sukacita Di Tengah Masalah
Ada waktunya hidup tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Doa belum terjawab, jalan terasa sukar, tanggungjawab semakin berat, dan hati mungkin penat menanggung banyak perkara. Namun, sukacita bukan bukti bahawa hidup kita tanpa masalah. Sukacita adalah bukti bahawa di tengah segala masalah, kita masih percaya bahawa Tuhan lebih besar daripada apa pun yang sedang kita hadapi. Iman yang dewasa bukan hanya mampu berkata, “Tuhan itu baik” ketika semuanya baik-baik sahaja. Im


Berserulah kepada Tuhan! (Kebaikan Tuhan pada semua orang)
Tuhan itu baik, panjang sabar dan mendengar seruan setiap orang yang berseru kepadanya. Dalam Mazmur 107 ada empat kumpulan manusia yang telah mengalami kebaikan Tuhan dan apa yang mereka alami menjadi alasan untuk memuji-memuji Tuhan dan terus berserah dan bersandar hidup kepada-Nya. Ada orang yang sesat jalan tidak ada tujuan hidup, bila mereka berseru kepada Tuhan, Tuhan menjawab dan memberi kepuasan kepada rasa dahaga dan kelaparan jiwa mereka. Ada orang yang hidup member
bottom of page
