Yesus dan murid-muridnya begitu sibuk sehingga tidak sempat makan. Tindakan tidak mementingkan diri sendiri ini di intepretasikan sebagai kelakuan yang tidak siuman. Pendapat yang salah ini menjadi viral. (bukan melaluii Internet). Melalui gossip. Pendapat yang salah ini sampai ke telinga keluarga Yesus dan golongan guru Taurat. Ada dua reaksi yang berlainan. Keluarganya datang ambil dia. Guru Taurat kata Yesus dirasuk ruh iblis.
Yesus membuat tiga komen tentang kata-kata guru-guru Taurat ini.
Kommen pertama ialah guru-guru Taurat ini tiada lojik. Iblis tidak lawan iblis kerana mereka dalam pihak/pasukan yang sama.
Kommen kedua ialah iblis diibaratkan sebagai orang gagah. Tetapi Yesus ialah orang yang boleh ikat orang gagah itu. Kommen ini mesti buatkan kita berfikir. Siapa ini Yesus Kristus yang kalahkan iblis? Manusia yang biasa tidak ada kuasa untuk kalahkan iblis.
Kommen ketiga ditujukan kepada guru-guru Taurat. Semua dosa mengkufuri manusia boleh diampuni tetapi dosa mengkufuri Ruh Kudus tidak akan diampuni. Dari ayat 30, kita tahu bahawa dosa mengkufuri Ruh Kudus ialah mengelarkan Ruh Kudus sebagai ruh iblis. Ruh dalam Yesus ialah Ruh Kudus. Jangan sekali kali ada orang mengatakan ruh di dalam Yesus ialah ruh iblis.
Tuhan berkati.