Ibarat tentang benih yang tumbuh
26Yesus berkata seterusnya, "Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. 27Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. 28Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah – mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. 29GSetelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba."
Ibarat tentang biji sesawi
30"Dengan apakah dapat kita bandingkan kerajaan Allah?" kata Yesus lagi. "Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? 31Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah. 32Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung di udara membuat sarang di bawah keteduhannya."
33Dengan banyak ibarat yang semacam itu Yesus mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham. 34Dia tidak berucap kepada mereka tanpa menggunakan ibarat. Tetapi apabila Dia bersendiri dengan murid-murid-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya.
Yesus mengajar dengan ibarat. Dalam mengunakan ibarat, Yesus mempraktikan satu prinsip pengajaran yang mesti digunakan dalam pengajaran. Apakah prinsip itu? Prinsip yang dimaksudkan ialah “ dari apa yang sudah kita tahu ke apa yang kita tak tahu”. Dalam Bahasa Inggeris: “From the known to the unknown”.
Dalam masyarakat Yahudi 2000 tahun dahulu, pertanian atau perternakkan atau menjala ikan ialah pekerjaan yang paling banyak dilakukan. Maka, seringkali, Yesus mengunakkan penabur, biji , buah-buahan anggur, zaitun, ikan, tanah, gandum, musim penuaian dll untuk mengajar tentang Kerajaan Allah. Ajaran tentang Kerajaan Allah ialah ajaran alam rohani atau spiritual. Alam rohani tidak boleh dinampak. Kita manusia hanya boleh rasa atau menikmati kesan dan kebaikkan dari menjadi anggota dalam Kerajaan Allah. Kita boleh nampak umat Kristian atau orang percaya, tetapi kita tak boleh nampak kerajaan Allah. Kerajaan Allah bukan ada sempadan atas tanah atau lokasi, tetapi ia wujud dan anggota Kerajaan Allah boleh menikmati berkat dari Raja Kerajaan itu. (The members of that Kingdom enjoy the blessings from the King of that Kingdom)
Dalam dua ibarat dalam petikan kita, kita dapati, Kerajaan Allah bertumbah dengan cara yang kita tak nampak. Dalam ibarat pertama, penabur hanya menabur dan menuai. Selain menjaga rumput dan membaja dan menyiram, perkara lain yang berlaku dia tak tahu. Dia tak nampak macam mana biji menjadi padi dalam 6 bulan. (hari ini dalam zaman sains kita tahu). Dalam ibarat ini dia menabur dan menuai. Apakah ajaran untuk kita? Ajaran ini: dalam hal pertumbuhan Kerajaan Allah, orang Kristian punya tugas ialah berkongsi injil dan tunggu masa untuk membawa kawan kita jadi percaya. Yang lain ialah kerja Ruh Kudus dalam alam spiritual yang kita tak nampak. Bukan kepintaran kita yang buat kawan kita percaya. Itu ialah kerja Ruh Kudus. (Rujuk Yohanes 3:8). Dan dengan cara itulah Kerajaan Allah bertumbuh. Permulaannya kecil dan senyap tetapi akhirnya Kerajaan Allah menjadi gergasi kerana kuasa Allah.
Kita perkerja. Jadi kita mesti tabur injil.
Tuhan berkati.