top of page

DUMC BM

Public·72 members

Shalom semua! Pendaftaran Konferensi Komuniti Digital 2.0 kini dibuka.

Konferensi ini akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober 2022 secara fizikal bertempat di Dream Centre, Petaling Jaya dan juga atas talian. Tema kita pada kali ini adalah “Gereja Sel Di Era Digital”. Jika anda rindu melihat gereja dan generasi yang tetap kuat, teguh dan berfungsi walau menghadapi apa pun keadaan – Konferensi ini untuk anda.

Selain daripada sesi plenari utama, Konferensi turut menyediakan Sesi Aliran pilihan berikut: Track 1 : Kelompok Sel Track 2 : Pemuridan Melalui Platform Komuniti Digital Track 3 : Konten Kreatif Digital

Konferensi ini terbuka kepada anda, para Pastor, barisan pemimpin dan belia dari seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia yang rindu melihat lahirnya generasi pemangkin rohani yang membawa impak kemajuan kepada komuniti anda.

Anda bersedia? Daftar sekarang di sini: https://www.komuniti-digital.com/daftar-kkd2 Yuran pendaftaran hanya sebanyak RM50 sahaja, termasuk pek peserta. Pendaftaran sebelum 11 September akan mendapat pek peserta sebelum Konferensi.

Jumpa anda di sana.


Agnes Jirin
Agnes Jirin
Sep 12, 2022

maaf tak dapat join.God bless semua peserta.Ini program sangat baik

Tentang

Bahagian informasi, pengumuman, nota khutbah, events dsb.

1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page