top of page

2. Memuji dan Menyembah Tuhan



"Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya. (Nehemia 1:5)

Seterusnya, Nehemia ingat siapa dirinya dan siapa Tuhan yang dia sembah. Dia menyembah Allah yang dia kenal.


Kita melihat sepanjang membangunkan semula tembok Yerusalem dia tidak berhenti berdoa dan memuji Tuhan. Semasa dia menyembah Tuhan, dia sadar bahawa dia sedang berdiri dihadapan Tuhan Allah yang hebat, suci dan layak menerima segala pujian dan hormat.


Bagaimana sikap kita hari ini semasa berdoa dan menyembah Tuhan? Menyembah Tuhan bukan hanya di gereja atau pada masa tertentu. Ianya harus menjadi gaya hidup.


Pr. Eddy Marson

bottom of page