top of page

7 Tabiat Hidup Suci (Pengenalan)


Imamat 11:45 (AVB)

Akulah Tuhan yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir supaya Aku menjadi Allahmu. Jadilah suci kerana Aku ini suci.


1 Yohanes 1:8 (AVB) Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita.


Sebelum kita bermula, izinkan saya berikan definisi

  • Tabiat

  • Kehidupan suci.


Pertamanya, apakah definisi tabiat?

  • Tabiat atau habits adalah satu corak kelakuan dan kehidupan yang dilakukan secara rutin dan kebiasaanya dilakukan tanpa disedari

  • Dan corak kelakuan ini, diperolehi dengan melakukan sesuatu berulang-ulang kali.

  • Nah …. ada tabiat yang baik dan ada tabiat yang buruk.


Keduanya ialah kehidupan suci.

  • Kehidupan suci adalah satu kehidupan yang berserah kepada Tuhan dan kehendaknya.

  • Gaya hidup yang bukan lagi mencari kepuasan gaya hidup yang berdosa.

  • Gaya hidup yang menuju ke arah kematangan di dalam Yesus Kristus.

  • Dalam perkataan Inggeris, “a sanctified life”, “Kehidupan yang dikuduskan”

  • Bukan kehidupan yang sempurna yang tidak berdosa

  • Tetapi, kehidupan yang berserah sepenuhnya kepada Tuhan.

  • A life that is fully surrendered to God.


Keadaan kehidupan rohani kitalah yang akan menentukan

  • Samada kita berjaya di dalam kehidupan kita?

  • Samada kita adalah seorang yang membawa impak kepada masyarakat di sekeliling kita?

  • Samada kita boleh memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus?


Dan, kalah menang kita di dalam kehidupan rohani kita adalah bergantung kepada tabiat yang kita semai ke dalam kehidupan kita.


Apa yang kita lakukan berulang-ulang dengan disiplin, akan menjadi tabiat.

Dan tabiat, jikalau is berterusan, akan menentukan karakter kita.

Dan karakter kita akan menentukan destini kita.


Ada orang mengatakan …

  • Show me your habits, and you will show me a glimpse of your destiny.

  • Tunjukkan tabiat anda, dan anda akan menunjukkan sekilas destini masa hadapan anda.


Oleh itu, jikalau kita mahu hidup suci di dalam Tuhan, kita harus menyemai tabiat rohani yang baik.


Jikalau kita berjaya memupuk tabiat ini ke dalam kehidupan kita, kita akan berjaya memenuhi destini kehidupan kita yang telah Tuhan tentukan.


Jadi, Mari kita sama-sama belajar, apakah 7 tabiat kehidupan suci yang boleh kita praktikan ke dalam kehidupan kita setiap hari ..


Dan dengan itu, saya pasti, kita akan menjadi pemenang di dalam kerohanian kita, di dalam Kristus.


Elder Ann WK


Comentários


bottom of page