1 Samuel 13:13-14 (BM)
Samuel menjawab, "Perbuatan tuanku itu tindakan yang bodoh. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN, Allah tuanku, kepada tuanku. Jika tuanku taat, TUHAN pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel sampai selama-lamanya. Tetapi sekarang kerajaan tuanku tidak akan tahan lama. Oleh sebab tuanku tidak taat kepada-Nya, TUHAN akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya."
PENGAJARAN/REFLEKSI:
Mari kita belajar daripada kesilapan Raja Saul, supaya kita tidak bertindak menurut kehendak kita sendiri. Oleh kerana tidak sabar menunggu Nabi Samuel yang seharusnya mempersembahkan korban kepada Tuhan, tindakan Raja Saul itu adalah suatu tindakan yang bodoh, kerana dia tidak mentaati perintah Tuhan, yang diberikan Tuhan kepada Nabi Samuel.
Jika dia taat, Tuhan pasti membenarkan Raja Saul dan keturunannya memerintah sampai selama-lamanya. Oleh kerana kesilapannya, Tuhan akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya.
Kadang-kadang itulah yang kita lakukan, tanpa kita mengetahui akibatnya dan bahkan tidak memperdulikan apa akibatnya jika kita melanggar Firman Tuhan yang telah diberitahukan kepada kita.
Kadang-kadang kita juga tidak mengindahkan apa yang diberitahukan oleh hamba Tuhan kepada kita, sehingga kita melakukan sesuatu menurut kehendak kita sendiri, bukan menurut kehendak Tuhan.
Supaya kita tidak terkena akibat daripada kebodohan kita sendiri, ikutlah apa kata Firman Tuhan.
DOA:
Tuhan berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya tetap mentaati setiap perintah-Mu sepanjang hidup kami. Pimpin dan kuasai hidup kami sentiasa ya Tuhan Allah kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments