top of page

Allah Baik dan Mengasihi Kita Seumur Hidup


“..Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku; rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku......” Maz 23:5


Oleh kerana pengalaman Pemazmur hidup akrab bersama dengan Allah, maka dengan penuh keyakinan dia berkata “..Allah itu sangat baik terhadap dirinya dengan mengasihi dia sepanjang umurnya. Oleh itu dia berjanji untuk terus berdiam didalam rumah-Nya untuk sepanjang hidupnya.


Pemazmur telah melihat dan mengalami kebajikan dan kebaikan hati Tuhan terhadap hidupnya sepanjang hidupnya. Dimana Tuhan melindungi, memelihara dan menyediakan segala yang dia perlukan didalam hidupnya.


Oleh kerana pengalaman pemazmur sepanjang hidupnya bersama-sama dengan Tuhan menyebabkan dirinya hidup terus bersama-sama dengan Tuhan sepanjang hidupnya. Dia berjanji untuk hidup dengan Tuhan selama hidupnya.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini apakah anda telah melihat dan mengalami kebaikan-kebaikan Tuhan didalam hidup anda? Apakah kebaikan-kebaikan Tuhan yang anda telah alami didalam hidup anda hari ini?


Kesihatan yang baik dan kecukupan didalam kehidupan ini merupakan berkat yang daripada Tuhan, sebab untuk memperolehi kesihatan, kecukupan dan kebahagian dalam hidup kita perlu Tuhan hadiri didalam kehidupan kita.


Didalam hidup ini kita tidak dapat menentukan apa yang akan terjadi ke esok harinya, tetapi kita hanya bergantung kepada anugarah Tuhan untuk mengalaminya. Oleh itu hiduplah bersama Tuhan selama kita hidup. Sebab Dia baik dan setia terhadap kita.


Apakah anda tahu bahawa Allah kita itu baik dan mengasihi anda seumur hidup anda? Apakah keputusan anda terhadap hidup anda hari ini?


Doa:

Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana Engkau sungguh baik terhadap hidup saya, Engkau sentiasa menjaga dan memelihara hidup saya, sehingga saya tetap selamat dan aman didalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page