top of page

Apakah Peperangan Rohani?


Yohanes 10:7-10 (AVB)

7 Oleh yang demikian, Yesus berkata, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Akulah pintu bagi kawanan domba itu. 8 Orang yang datang sebelum Aku ialah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mengikut suara mereka. 9 Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui-Ku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk, dan dia akan dapat mencari padang rumput. 10 Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.

Efesus 1:21 (AVB) Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.


2 Kor 2:10-11 (AVB) 10 Siapa sahaja yang telah kamu ampuni, aku pun telah mengampuninya. Kesalahan apa pun yang kuampunkan – jika memang ada yang harus kuampunkan – kuampunkan di hadapan Kristus untukmu 11 supaya Iblis tidak mendapat keuntungan, kerana kita mengetahui tujuan-tujuannya.


Kita semua adalah di dalam peperangan. Kita harus tahu musuh rohani kita yang ingin membunuh, mencuri dan memusnahkan kehidupan aku.


Paulus memberi amaran kepada kita dalam 2 Korintus 2:11 supaya tidak mengabaikan tipu muslihat iblis. Kita perlu tahu siapa musuh kita, siapa Tuhan kita dan siapa kita di dalam Tuhan - tetapi kita juga perlu melengkapi diri kita dengan pengwahyuan bagaimana untuk melawan musuh rohani.


Jika kita tidak pedulikan iblis, peperangan tidak akan berhenti. Jika kita fokus hanya kepada Yesus semata-mata, kamu tidak akan selamat dari peperangan. Betul, kita perlu fokus kepada Tuhan daripada fokus kepada iblis. Tetapi jikalau Paulus berlawan dengan para pemerintah dan penguasanya bagaimana mungkin, kita yang biasa, boleh berfikir untuk mengabaikan kebenaran ini - iaitu menghentikan serangan iblis.


Hura hara di dunia- kesakitan, penyakit, pembunuhan, maksiat dan seumpamanya-bukanlah kehendak Tuhan. Allah telah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. Yesus menang ke atas segapa pemerintah dan kuasa. Kerajaan kegelapan dengan semua pemerintah dan penguasa telah dikalahkan.


Komuniti Digital





Comments


bottom of page