top of page

Aplikasi - Penerapan


Nehemia membangun semula tembok Yerusalem dalam 55 hari walaupun harus berhadapan dengan halangan dari dalam dan luar. Kemudian dia mengatur perdamaian diantara orang Yahudi dan pemunggut cukai Parsi dan menjadi pembesar untuk jangka waktu yang singkat. Disini kita melihat dan belajar bahawa doa Nehemia memberi impak yang besar bukan sahaja dia berjaya membangun semula tembok Yerusalem, malah terlibat dalam pembangunan Negara.

Apa yang jelas Kitab Nehemia mengajar kita untuk memposisikan “posture” diri kita dalam hal berdoa, menantikan Tuhan, berpuasa, penyembahan dan ketergantungan kepada Tuhan dalam seluruh kehidupan kita. Walaupun kisah ini terjadi ribuan tahun yang lalu, ianya masih boleh diterapkan dalam hidup seharian kita.


Selain daripada itu, kita juga boleh mencontohi Nehemia dari segi pekerjaannya sebagai ‘pembawa cawan’ – dalam konteks hari ini ialah ‘penjawat awam’. Dia menggunakan kedudukannya sebagai ‘penjawat awam’ untuk membangunkan semula tembok Yerusalam, dan memulihkan identiti bangsa Yahudi.


Tidak kira apa kedudukan atau pekerjaa kita - baik sebagai suri rumahtanggga, pekerja kilang, tukang kebun, pegawai kerajaan, CEO, pengurus syarikat besar atau ahli peniagaan – Allah boleh menggunakan kita untuk membawa perubahaan dimanapun kita berada. Allah tidak pernah salah menempatkan kita dimana kita berada sekarang.


Mengapa doa itu penting? Ianya penting untuk kita ‘aligning’ atau mensejajarkan hidup kita dengan rancangan dan kehendak Allah. Sebagai orang percaya, kita perlu menghadap Tuhan setiap hari seperti ‘reporting for duty’ – kita melakukan bahagian kita dan Tuhan pasti melakukan bahagian-Nya dalam segala aspek kehidupan kita.


Pr. Eddy Marson

Comments


bottom of page