top of page

Ayat 1: Gembala



Mazmur 23 adalah mengenai kebaikan Tuhan.

Jikalau kita benar-benar memahami kebaikan Tuhan. ia akan memperkuatkan iman kita.

  • Tuhan akan memenuhi segala keperluan kita.

  • Tuhan akan memberikan kita rehat dan damai

  • Tuhan akan memberikan kita kesegaran

  • Tuhan akan memimpin kita membuat keputusan yang baik

  • Tuhan akan bersama dengan kita di dalam keadaan kegelapan dan ketakutan.

  • Tuhan akan melindungi kita

  • Tuhan akan memberikan kita berkat yang di luar jangkaan kita.

  • Tuhan akan menentukan masa hadapan kita yang selamat.


Semua jawaban tersebut ada di dalam Mazmur 23, saudara.


Malangnya, ramai yang di antara kita mencari apa yang telah saya senaraikan di tempat-tempat yang salah ..

  • Ada yang mencarinya di tempat kerjaya mereka

  • Ada yang mencarinya di bank akaun mereka

  • Ada yang mencarinya di perhubungan romantik

  • Ada yang mencarinya di dalam anak-anak mereka

  • Ada yang mencarinya di dalam pelayanan mereka

Tetapi bagi kita yang telah mengenali Tuhan, perhubungan kita dengan Tuhan adalah jawabannya.


Mari kita sama-sama menghayati Mazmur 23, satu ayat untuk satu hari ..


Hari ini kita mulakan dengan ayat yang pertama


Mazmur 23:1 Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.


Di sini kita dapat lihat, ada 2 bahagian yang jelas.


Bahagian yang pertama : Tuhan ialah gembala kita.



Ayat 1a: Tuhan ialah gembalaku, …


Tuhan di sini, saudara ialah Yahweh di dalam bahasa aslinya

  • Tuhan yang peribadi

  • “Covenant relationship God”

  • Dia adalah Tuhan perhubungan perjanjian.


Tuhan yang memelihara kita.


Yahweh adalah Tuhan yang peribadi yang mengenali

  • Setiap rambut di kepala kita

  • Setiap kegembiraan kita

  • Setiap ketakutan kita

  • Setiap kekurangan kita


Yohanes 10:10b-11 10b ..Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah. 11 Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya.


Yesus mengatakan bahawa dia adalah gembala yang baik

Yang memberikan hidup yang berlimpah-limpah

Yang mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya - iaitu kita semua.


Mari kita lihat ..Yesaya 53:5-6


Yesaya 53:5-6 5 Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita, dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita. Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh. 6 Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri, tetapi Tuhan telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua.


Lihat di sini saudara, kita di sembuhkan oleh bilur-bilurnya.


Kemudian, kita tersesat seperti domba ..

Mari kita meneliti 1 Petrus 2:24-25


1 Petrus 2:24-25 (AVB) Dia menanggung dosa kita dalam tubuh Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.

Kita lihat perbezaan di sini, saudara, dahulu kita domba yang sesat. Tetapi sekarang kita telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwa kita.


Dengar di sini saudara, apabila kita mengenali gembala secara peribadi

  • Kita akan mendapat kesembuhan

  • Kita akan mendapat pengampunan dosa

  • Kita akan mendapat pemeliharan jiwa


Bahagian yang kedua : Allah adalah sumber segala yang kita perlukan untuk hidup


Ayat 1b : aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.


Kita tidak perlu untuk melihat dan mencari di tempat-tempat yang lain

  • Seperti kerajaan kita

  • Seperti company kita, atau boss kita

  • bank akaun kita dsb.


Jikalau kita mahu meletakkan sekuriti kita, kita harus meletakkan sekuriti kita kepada sesuatu yang tidak boleh di ambil dari kita.


Kerana jikalau kita meletakkan kepercayaan kita kepada sesuatu yang boleh diambil dari kita, kita tidak akan selamat.


Saudara

  • Kita boleh hilang kesihatan kita

  • Kita boleh hilang pekerjaan kita

  • Kita boleh hilang family kita

  • Kita boleh hilang segala-galanya seperti Ayub


Oleh itu, kita seharusnya meletakkan sekuriti kita kepada sesuatu yang tidak boleh diambil daripada kita .. iaitu.

Perhubungan kita dengan Tuhan.

  • Sebab itu lah Mazmur 23 bermula dengan, Tuhan kita adalah gembala kita.

Filipi 4:19 Allahku akan membekalkan segala keperluanmu daripada kekayaan Nya yang termulia dalam Kristus Yesus.

  • Kebaikan Tuhan tidak bergantung kepada kebaikan kita, tetapi bergantung kepada kebaikan Tuhan.

  • Tuhan tidak mahu kita khuatir tentang apa pun.

  • Worry atau kekhuatiran mungkin adalah dosa yang paling banyak orang lakukan.


Di dalam segala hal, kita jangan bimbang.

Kita berdoa dan memohon kepada Tuhan dengan mengucapkan kesyukuran (Filipi 4:6)


Jadi saudara, hari ini, mari kita sama-sama menetapkan di dalam hati kita,

  • Bahawa Yesus adalah gembala kita.

  • Bahawa kita tidak akan kekurangan apa-apa pun, kerana dia adalah sumber segala yang kita perlukan.

  • Kita tidak risau ataupun khuatir

  • Antidot, kerisauan dan kekhuatiran ialah dengan mengenali kebaikan Tuhan.


DOA

Bapa, kami serahkan diri kami pada hari ini.

Terima kasih kerana Engkau adalah gembala kami.

Dan kerana engkau adalah gembala kami, kami tidak akan di dalam serba kekurangan, bahkan Engkau akan memberikan kami kehidupan yang berlimpah-limpah.


Kami akhiri doa kami dengan:

Mazmur 28:9 Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah kami yang menjadi milik-Mu; jadilah gembala pembimbing kami dan teguhkan kami selama-lamanya.

Di dalam nama Yesus Kristus .. Amen.


Elder Ann WK


bottom of page