top of page

Ayat 6: Grand Finale


Hari ini, adalah sesi yang terakhir berkenaan dengan Mazmur 23. Adalah baik untuk kita membaca kembali semua ayat di dalam Mazmur 23 dan termasuk yang terakhir untuk hari ini, iaitu ayat 6


Mazmur‬ ‭23:1-6‬

1Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.

2Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, Dia memulihkan jiwaku.

3 Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.

4Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.

5Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.

6Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.


Mazmur 23 adalah Mazmur yang sangat powerful di dalam kita mengharungi kehidupan.


Masuk kita ke dalam ayat yang terakhir, iaitu, ayat 6.


Ada 2 bahagian utama yang boleh kita pelajari.


Bahagian yang Pertama:

Mazmur 23:6a Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku …


Apabila raja Daud mengistiharkan kebaikan Tuhan di dalam Mazmur ini, dia menyatakan dengan keyakinanan - “Tentulah”

Tidak kira samada situasi kita

  • di dalam keadaan yang teruk

  • Atau di dalam keadaan yang jahat

  • Atau di dalam keadaan yang susah,

Tetapi ..Tuhan tetap akan melakukan yang terbaik untuk kita.


Roma 8:28 Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.


Wow, saudara, inilah salah satu janji Allah. Allah akan bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya.

  • Jika kita telah menerima Yesus sebagai Juru Selamat, Alkitab menyatakan di sini, saudara ..

  • Di dalam segala hal kebaikan akan menjadi bahagian kita..

  • bukan separuh,

  • bukan setengah.

  • bukan sebahagian

Tetapi di dalam segala hal !


Oleh itu saudara, apabila kita melangkah ke masa hadapan kita, kita tidak berjalan dengan tanda-tanya, tetapi dengan keyakinan.. Tentulah kasih dan kebaikan Tuhan akan mengiringi kita.


Kasih dan Kebaikan Tuhan

  • Akan melindungi dan memberikan yang secukupnya untuk kita. Kita tidak akan kekurangan.

  • Akan merehatkan emosi dan jiwa kita. Membawa kita ke padang rumput yang hijau dan air yang tenang.

  • Akan memimpin kita ke jalan yang benar

  • Akan bersama kita mengharungi lembah kegelapan di dalam hidup kita

  • Akan melimpahkan berkat ke dalam kehidupan kita


Bahagian yang kedua:

Mazmur 23:6b dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.


Di dalam setiap kebaikan Tuhan, saudara, ayat yang terakhir ini,

  • Ialah ayat “finale” ini saudara,

  • Ayat yang terakhir ini, ialah ayat yang menunjukkan kebaikan Tuhan yang “Ultimate” (Muktamad)

  • Kerana kebaikan Tuhan adalah lebih daripada hidup kita di dunia tetapi menjangkau sampai ke Syurga saudara.


Ini bermakna, kita tidak akan takut kepada kematian, kerana kematian bukan akhirnya.


God saves the best for last.

Tuhan menyediakan yang terbaik untuk yang terakhir.


Jikalau saudara menerima Yesus Kristus pada hari ini, kita akan bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti.

  • Tidak ada kesedihan

  • Tidak ada penderitaan

  • Tidak ada dosa

  • Tidak ada penyakit

  • Tidak ada kepahitan

  • Tidak ada tekanan


Jadi, saudara, inilah “Grand Finale” nya di dalam Mazmur 23:6.


Bahagian yang terakhir di dalam Mazmur 23:6 menyatakan bahawa

  • Kita akan bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti.

  • Itulah jaminan keselamatan hidup untuk diri kita.


Efesus 2:4-7 4 Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, 5 walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus – kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. 6 Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, 7 supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia-Nya dalam belas ihsan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus.


Inilah kasih kurnia Allah. Grand Finale nya ialah untuk bersama dengan Tuhan di Syurga ialah kerana kasih kurnia Allah.


Apa yang perlu kita lakukan ialah menerima Yesus sebagai Juru Selamat.


Dan kepada kita yang sudah menerima Yesus, inilah masanya untuk kita berkongsi kepada mereka yang belum percaya, janji Grand Finale ini adalah untuk bahagian mereka juga !!!

Bukan sahaja Tuhan mahu hidup berkelimpahan dan dengan kemenangan di dunia ini,


tetapi juga Tuhan berjanji bahawa kita akan menetap di syurga satu hari nanti, kerana kasih kurnianya.

Apa yang harus kita lakukan ialah untuk menerimanya sebagai juru selamat.


Mari kita berdoa ..


DOA

Tuhan di dalam kami menghayati Firman Tuhan yang terakhir ini, kami sedar akan kasih mu yang begitu besar.


Hari ini, kami mahu menyatakan sekali lagi bahawa kami ingin menerima kasih Allah yang begitu besar itu.


Ampuni segala dosa kami yang lepas dan hari ini, kami menerima Yesus sebagai Juru Selamat.


Dan janji-janji Allah yang tertera di dalam Mazmur 23, menjadi bahagian di dalam kehidupan kami. Di dalam nama Yesus juruselamat kami. Amen.


Elder Ann WK


댓글


bottom of page