top of page

Balas Kejahatan Dengan Kebaikkan

2 Samuel 3:24-28, 30 (AVB)

  24Maka datanglah Yoab menghadap raja dan berkata, “Apakah yang tuanku lakukan? Lihat, Abner datang menghadap tuanku. Mengapakah tuanku melepaskannya pergi? 25Tuanku mengenal Abner anak Ner. Dia datang untuk memperdaya tuanku, untuk mengetahui gerak-geri tuanku, dan untuk mengetahui segala perbuatan tuanku.” 26Sesudah itu, keluarlah Yoab meninggalkan Daud dan menyuruh orang untuk menyusul Abner, lalu mereka membawanya pulang dari perigi Sira tanpa diketahui Daud.   27Sekembalinya Abner ke Hebron, Yoab membawanya sebentar ke samping di tengah-tengah pintu gerbang itu, seakan-akan hendak berbicara secara empat mata dengannya. Lalu ditikamnyalah perut Abner sampai mati demi membalas hutang darah Asael, adiknya. 28Apabila Daud mendengar hal itu, dia berkata, “Di hadapan TUHAN, untuk selamanya aku dan kerajaanku tidak bersalah terhadap darah Abner anak Ner. 30Demikianlah Yoab dan Abisai, adiknya, membunuh Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka, dalam peperangan di Gibeon.


Pengajaran/ Refleksi

Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi balas kejahatan dengan kebaikkan. Begitulah perintah tuhan kepada setiap umat-nya. Tuhan sendiri yang membalas bagi pihak kita. Penuhi kami dengan kasih-mu ya bapa supaya kami dapat mengasihi orang yang menyakiti hati kami.

Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page