Bangkit Dan Bersinarlah Dalam Tuhan
- Komuniti Digital 05

- 3 days ago
- 1 min read

Teks: Yesaya 60:1
“Bangkitlah, bersinarlah, kerana terangmu sudah datang dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu.”
Renungan
Seruan untuk “Bangkitlah, bersinarlah” merupakan panggilan Tuhan kepada setiap umat-Nya yang mungkin sedang keletihan, dilanda kekecewaan, atau terjatuh dalam dosa. Tuhan tidak menghendaki kita terus terbaring dalam kegagalan atau hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, Dia memanggil kita untuk bangkit, berdiri kembali dengan iman, dan bersinar supaya memancarkan terang Kristus melalui kehidupan kita.
Kita tidak bersinar kerana kekuatan diri sendiri, tetapi kerana terang Tuhan telah datang ke dalam kehidupan kita. Apabila kita hidup dekat dengan Tuhan, taat kepada firman-Nya, dan berjalan dalam kasih-Nya, kemuliaan Tuhan akan dinyatakan melalui perkataan, sikap, serta perbuatan kita setiap hari.
Dalam dunia yang semakin gelap akibat dosa, ketakutan, dan keputusasaan, Tuhan menghendaki setiap umat-Nya menjadi terang. Oleh itu, bangkitlah dalam iman, dan biarlah kehidupan kita menjadi kesaksian yang nyata bahawa Tuhan itu hidup dan berkuasa.
Doa
Ya Tuhan yang setia, kami percaya bahawa firman-Mu akan menuntun kehidupan kami sepanjang tahun ini. Bantulah kami agar sentiasa bersandar kepada-Mu dan taat kepada kehendak-Mu. Pimpinlah setiap langkah kami supaya kehidupan kami sentiasa memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.
Rev. Ali Langgit




Comments