top of page

Berdoa Sesuai Dengan Kehendak-Nya



1 Yohanes 5:14-15 (AVB)

Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia sentiasa mendengar permohonan kita ke hadirat-Nya. Kita tahu juga bahawa Dia mengurniakan apa yang kita minta daripada-Nya.


Baru-baru ini, sekumpulan kami telah mendoakan satu pasangan suami isteri yang tiba-tiba diserang jangkitan virus COVID-19. Ketika itu, keadaan mereka sungguh kritikal. Dalam tempoh tiga hari, kedua-dua mereka dipanggil pulang untuk bersama Tuhan. Kami diselubungi kesedihan tetapi sedari bahwa kedua-dua rakan kita itu kini berada di tempat yang lebih baik, di hadirat Yesus.


Seorang rakan berbisik: "Kami sudah begitu gigih berdoa namun mereka tetap dipanggil oleh Allah kepada-Nya. Adakah itu bererti Allah tidak mengabulkkan doa kita?" Kata-kata tersebut mendorong saya untuk berfikir lanjut tentang perkara doa.

Dalam hidup ini, kita akan menghadapi pelbagai situasi yang berat dan rumit. Justeru, Firman Allah menyeru supaya kita berani membawa segala hal kepada-Nya dalam doa. Ini kerana kita tidak berupaya menyelesaikan semua masalah hidup dengan sendiri. Petrus telah menggesa supaya kita berani berdoa dan Dia akan mengabulkan permintaan doa kita menurut kehendak-Nya. Jangan salah tanggapan bahawa segala yang kita doakan wajib dikabulkan oleh Allah tanpa sebarang syarat.

Sebenarnya, Allah menjawab permintaan doa kita setiap kali namun dengan tiga cara iaitu "Ya", "Tidak" atau "Tunggu". "Ya" bermaksud apa yang diminta, kita peroleh. "Tidak" bermaksud Dia tidak mengabulkan doa kita kerana itu bukan kehendak-Nya walaupun kita beria-ia meminta. "Tunggu" bermaksud Allah mahu kita bersabar dan terus percaya sehingga kehendak-Nya dinyatakan kepada kita.

Ringkasnya, Allah berpegang kepada janji-Nya. Dia tetap menjawab setiap permintaan doa, walaupun jawapan itu "Tidak" dan bukan menurut kehendak kita. Tuhan yang maha kuasa sentiasa mengerjakan yang terbaik untuk kita. Percayalah.

DOA: TUHAN, kumahu selalu berdoa dengan yakin dan menurut kehendak-Mu. Ajar aku untuk akur kepada kehendak-Mu yang sesungguhnya untuk kebaikanku selalu.


William Yeong

Related Posts

See All

Teladanilah Yesus Dalam Mengasihi

"…Dan hiduplah di dalam kasih, sebagaimana Kristus Yesus juga telah mengasihi kamu dan telah menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.....” Efesus 5:2 Paulu

Dia TuhanYang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Tuhan Menunjukkan Kasih-Nya Kepada Kita

“...Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa...” Roma 5:8 Paulus berkata kepada Jemaah yang ada di Roma tentang bagaima

Comments


bottom of page