Bertanya Kepada Tuhan Sebelum Melakukan Apa-Apa
- Komuniti Digital 05
- Apr 19
- 1 min read

2 Samuel 5:17-20 (AVB)
17Ketika orang Filistin mendengar bahawa Daud telah dilantik menjadi raja atas Israel, maka pergilah semua orang Filistin untuk mencari Daud. Akan tetapi, Daud mendapat tahu tentang hal itu, lalu dia pergi ke kubu pertahanan. 18Maka datanglah dan tersebarlah orang Filistin di Lembah Refaim.19Lalu Daud meminta petunjuk daripada TUHAN, katanya, “Dapatkah aku maju menyerang orang Filistin? Akankah Engkau menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Jawab TUHAN kepada Daud, “Maralah, Aku pasti akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.”20Sesampainya Daud di Baal-Perasim, dia mengalahkan mereka di sana. Katanya, “TUHAN telah menerobos musuh di depanku sebagaimana air menerobos.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakannya Baal-Perasim.
Pengajaran/Refleksi
Mari kita belajar daripada Raja Daud yang sentiasa bertanya kepada TUHAN sebelum melakukan segala sesuatu. Raja Daud berbuat demikian supaya tidak melawan kehendak Tuhan. Jika itu kehendak Tuhan, pasti Tuhan memberi kemenangan demi kemenangan bagi kita umat-Nya. Kiranya Tuhan sentiasa berpihak kepada kita dalam segala perkara, untuk kemuliaan bagi nama-Nya.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments