top of page

Dianiaya Demi Kebenaran (a)


Bahagian yang terakhir ini, adalah bahagian yang sangat penting di antara semua kunci berkat.


Kerana itu, Ia akan bahagikan ke dalam 2 renungan:


Renungan yang pertama, ialah tentang 3 peringatan kebenaran apabila kita menghadapi penganiayaan.

Renungan yang kedua, ialah tentang 5 langkah praktikal yang boleh kita ambil apabila kita berhadapan dengan penganiayaan.


Matius 5:10-12 (AVB)

10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga.

Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.


Kumpulan orang yang manakah yang paling di teraniaya di dunia? Orang Kristian.


International society of human rights - Organisasi yang bukan kristian, membuat laporan “80% dari semua pelanggaran kebebasan beragama di dunia hari ini ditujukan kepada orang Kristian”.


2000 tahun yang lalu, orang-orang kristian adalah kumpulan yang dianiaya.


Semasa empayar Roma, selama 300 tahun, Bahawa, mempercayai Yesus adalah satu kelakuan “illegal” atau “melanggar undang-undang”. Mereka dicampakkan ke gelanggang untuk dimakan singa.


Nero, contohnya, membakar orang kristian, pada ketika itu dsb.


Tahukah saudara, bahawa penganiayaan kepada orang kristian yang paling teruk di dalam sejarah dunia, ialah yang berlaku sekarang ini.

Sejak kebangkitan Yesus 2000 tahun yang lalu, lebih kurang 70 juta orang Kristian mati dianiaya kerana Yesus Kristus.


Tetapi tahukah saudara, bahawa, di dalam 100 tahun kebelakangan ini, 35 juta orang kristian telah mati dibunuh aniaya kerana iman mereka kepada Yesus Kristus. Iaitu, separuh daripada jumlah total orang yang mati kerana Yesus, sejak 2000 tahun lalu, berlaku di dalam 100 tahun kebelakangan ini.

Tahukah saudara, di dalam 10 minit, akan ada 2 orang kristian mati kerana penganiayaan di dunia ini. (2 deaths every 10 minutes)

Sehabis kita membuat renungan hari ini, sudah ada 2 orang yang mati dianiaya.

Jikalau kita fikirkan, Orang kristian:

  • Adalah orang yang lemah

  • Adalah orang yang pengecut

  • Adalah orang yang penakut


Kita sudah salah fikir.

Malahan, orang kristian adalah orang yang:

  • berani menghadapi cabaran

  • berani menghadapi kritikan

  • berani menghadapi tentangan dan tekanan dari orang lain

  • berani menghadapi kesusahan dan harassment

  • siap untuk dipenjarakan

  • Siap dianiaya, dikhianati, dan mati untuk Yesus Kristus…


2 Tim 3:12 Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya.


Semua orang yang mengikut Yesus “akan” dianiaya. Bukan mungkin, bukan jikalau, tetapi ini adalah penyataan “guarantee”.


Kita yang hidup warak dalam kristus akan dianiaya. Jikalau kita berdiri atas sesuatu yang benar, orang akan menentang kita.


Jikalau kita mengikut firman Tuhan, kita akan dianiaya. Kejahatan akan menentang kita. Dan jikalau kita mahu hidup diberkati Tuhan, kita akan ditentang, diintimidasi, dihina, difitnah dan dianiaya.


2 Tim 3:12 (AVB)

Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya.


Mungkin kita tidak akan mengalami penganiayaan yang mengakibatkan kita dibunuh atau diseksa, tetapi, sebagai seorang kristian kita akan menghadapi penentangan.

  • Di tempat kerja kita

  • Di sekolah dan kolej kita

  • Di perkampungan kita

  • Di tempat perumahan kita

  • Di marketplace kita dsb.


Persoalan kita hari ini, apa yang boleh kita ingat apabila kita menghadapi penganiayaan dan tentangan?


Peringatan #1: Penganiayaan akan memberikan kita ganjaran yang berkekalan.


Matius 5:10-12 10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. 11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.


Kita yang dianiaya, dihina dan difitnah, bukanlah tanpa sebab, tetapi kerana perbenaran. Dan kerajaan syurga adalah jaminan untuk kita.


Peringatan #2: Penganiayaan akan menjadikan kita lebih seperti Yesus.


Yohanes 15:18-20 (AVB)

Jika dunia membencimu, ketahuilah, dunia telah membenci-Ku terlebih dahulu. Andainya kamu milik dunia, maka dunia akan mengasihimu seperti kepunyaannya sendiri. Tetapi Aku telah memilihmu dan kamu bukan lagi milik dunia. Maka itulah dunia membencimu. Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu, ‘Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya.’ Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga. Jika mereka menurut kata-kata-Ku, mereka akan menurut kata-katamu juga.

Di dalam pertumbuhan rohani kita menjadi seperti Yesus, kita akan melalui apa yang Yesus lalui.


Apakah ada masanya Yesus:

  • berseorangan?

  • kecil hati?

  • digodai?

  • dikhianati?

  • Dikutuk

  • dikeji?

  • Dan dianiaya?

Semua jawabannya ialah ya, dan Yesus mengingatkan kita bahawa kita akan mengalami yang sama di dalam pertumbuhan rohani kita di dalam menjadi seperti Yesus.


1 Petrus 4:14 Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu.

Apabila kita dianiaya, dicela, dikutuk dan ditekan kerana menjadi pengikut Yesus.

Tahniah, kerana ini adalah confirmasi dan pujian kerana firman Tuhan mengatakan kita semua akan diberkati. Dan Roh Allah ada bersama dengan mu.

1 Petrus 4:14 (AVB)

Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu.


Peringatan #3: Penganiayaan akan menguatkan iman kita.


Inilah caranya, Tuhan mendalami iman kita. Sama seperti kita menguatkan muscle atau otot kita.

Otot (muscle) kita menjadi kuat apabila ada “resistant” dan kita bersenam sampai otot kita menjadi sakit.


Sama juga dengan iman, saudara, iman kita akan menjadi kuat, apabila kita menghadapi tentangan.


Jikalau kita tidak ada tantangan di dalam hidup kita, kita tidak akan bertumbuh di dalam iman.


Adalah menjadi satu kenyataan yang benar, tanpa keraguan, bahawa mereka yang mempunyai iman yang paling kukuh adalah mereka yang diuji, dianiaya dan dicela.


1 Petrus 1:7 Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali.


Iman kita lebih berharga daripada emas. apabila diuji dengan api, emas akan musnah tetapi jikalau iman kita bertahan, akan ternyata tulen nya

dan kita akan mendapat pujian, penghormatan dan kemuliaan.


Iman kita akan menjadi lebih kuat, apabila ia melalui ujian api penghinaan, api penganiayaan dan api fitnah.


1 Petrus 1:7 (AVB)

Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali.


Marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menghadapi penganiayaan. Walaupun, bukanlah satu yang selesa tetapi kita harus tahu bahawa Tuhan akan menyertai kita.


Di dalam sesi yang seterusnya, kita akan belajar, apakah yang boleh kita lakukan dengan praktikal. 5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan di dalam kita menghadapi tentangan dan penganiayaan.


DOA

Tuhan, hari ini kami telah renungkan tentang kebenaran yang harus kita

ingatkan apabila kita menghadapi penganiayaan. Kami minta campur tangan Tuhan di dalam kami mengharungi penganiayaan.


Supaya kami menjadi lebih seperti Yesus

Supaya kami dikuatkan iman

Supaya kami akan memperolehi ganjaran yang berkekalan.


Kami juga doakan untuk mereka yang sekarang ini di dalam penindasan dan penganiayaan kerana Yesus, supaya Engkau memberikan mereka kekuatan yang luar biasa.


Di dalam Nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen.


Soalan Renungan:


1. Apakah bentuk penganiayaan yang anda lihat pada hari ini?

2. Apa yang anda fahami tentang 3 peringatan tentang penganiayaan yang telah anda pelajari?


Elder Ann WK

Comments


bottom of page