Doa Hana Terjawab Dan Dia Memberi Persembahan Kepada Tuhan
- Komuniti Digital 03
- Oct 15, 2024
- 1 min read

1 Samuel 1:19-21 (BM)
Pada keesokan hari, Elkana dan keluarganya bangun pagi-pagi. Setelah mereka beribadat kepada TUHAN, mereka pulang ke Rama. Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan TUHAN mengabulkan doa Hana. Hana mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hana menamakan anak itu Samuel, kerana katanya, "Aku sudah memintanya daripada TUHAN." Kemudian tibalah masanya bagi Elkana dan keluarganya pergi ke Silo lagi untuk mempersembahkan korban tahunan kepada TUHAN. Selain itu, Elkana sudah berjanji untuk mempersembahkan suatu korban khas.
Pengajaran/Refleksi
Sudahkah doa saudara dan saudari dijawab oleh TUHAN seperti doa Hana yang memohon anak daripada TUHAN? Jika belum, berdoalah bersungguh-sungguh sehingga terjadi keterobosan atau sehingga doamu dijawab.
Harus ingat, setelah doamu dijawab oleh TUHAN, saudara dan saudari harus memberi persembahan pujian syukur kepada TUHAN, untuk memuji dan menyembah DIA, yang layak disembah dan ditinggikan.
Sudahkah saudara dan saudari membawa persembahanmu ke rumah TUHAN setelah Ia menjawab doamu ataupun telah memberkatimu dalam pekerjaan atau bisnismu selama ini? Jika belum, lakukanlah sekarang untuk TUHAN.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments