top of page

DOA NECF Hari 14: Hati Kepimpinan Sejati

ree

"Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan." (Amsal 16:18)


Kepimpinan dalam gereja adalah panggilan yang suci. Namun, berapa kerap kita berhenti sejenak untuk bertanya kepada diri sendiri: Apakah yang mendorong kepimpinan kita? Apakah kerendahan hati dan kebergantungan yang mendalam kepada Tuhan, atau cita-cita yang tersirat menyelinap ke dalam hati kita?


Apabila pelayanan berkembang, adakah kita memuliakan Kristus atau adakah kita menganggapnya sebagai pengesahan usaha kita? Mungkinkah kita salah mengira jumlah bilangan sebagai buah Kerajaan yang benar? Apakah kita mencapai orang yang tersesat, atau apakah kita menarik orang dari jemaah lain dengan bertopengkan penjangkauan sambil dengan angkuh mendakwa bahawa kita lebih baik daripada orang lain?


Dan bagaimana pula dengan pengelolaan? Adakah kita dengan setia mengurus sumber Tuhan, atau adakah kita bertindak seolah-olah kita adalah pemilik dan bukannya pengurus? Adakah terdapat ketelusan dan akauntabiliti dalam cara kita memimpin?


Munculnya kepimpinan selebriti juga perlu renungkan. Adakah kita telah mengelilingi diri kita dengan suara-suara yang mencabar kita dengan jujur, atau hanya dengan mereka yang meneguhkan kita? Apakah kita terbuka kepada pembetulan, atau adakah kesombongan membuatkan kita menolaknya?


Kepimpinan sejati bermula dan berakhir dengan takut akan Tuhan—penghormatan kudus yang membuat kita tetap dalam kerendahan hati dan fokus pada kemuliaan Tuhan.


Renungkan:


Adakah saya menghormati kesatuan tubuh Kristus, atau adakah tindakan saya menyebabkan perpecahan? Bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa kepimpinan saya mencerminkan kerendahan hati Kristus dan takut akan Tuhan?


Doa Hari Ini:

  • Tuhan, selidikilah hati saya. Dedahkan sebarang kesombongan, cita-cita, atau sifat berdikari yang telah berakar umbi dalam kepimpinan saya. Kembalikan dalam diriku rasa takut yang suci kepada-Mu dan cinta yang mendalam untuk kemuliaan-Mu. Ajar saya untuk memimpin dengan integriti, kerendahan hati, dan kasih karunia. Amin.


  • Berdoalah agar kita, sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan sedar tentang keseriusan kebejatan moral yang membawa kemudaratan kepada keseluruhan kesejahteraan kita, terutamanya maksiat seksual yang berdosa terhadap tubuh kita sendiri. (1 Korintus 6:18)


  • Masa skrin yang berlebihan membawa risiko kepada kesihatan mental, fizikal dan perhubungan, dengan golongan muda sangat terdedah kepada ancaman buli siber dan gangguan seksual. Berdoalah agar ibu bapa menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dan menanamkan dalam diri mereka disiplin diri, kawalan diri dan kesedaran diri.


Rev Elisha Satvinder

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page