DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 8: Doa pertaubatan Daniel bagi pihak bangsa Israel
- 2 days ago
- 2 min read

Bacaan Alkitab: Daniel 9:3-7
Doa Daniel bagi umatnya
3 Lalu aku mengarahkan mukaku kepada Tuhan Allah untuk berdoa dan bermohon, sambil berpuasa dan mengenakan kain kabung serta abu. 4 Maka aku memohon kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosaku, demikian: "Ah Tuhan, Allah yang maha besar dan dahsyat, yang memegang Perjanjian dan kasih setia terhadap mereka yang mengasihi Engkau serta berpegang pada perintah-Mu! 5 Kami telah berbuat dosa dan salah, kami telah berlaku fasik dan telah memberontak, kami telah menyimpang dari perintah dan peraturan-Mu, 6 dan kami tidak taat kepada hamba-hamba-Mu, para nabi, yang telah berbicara atas nama-Mu kepada raja-raja kami, kepada pemimpin-pemimpin kami, kepada bapa-bapa kami dan kepada segenap rakyat negeri.
Refleksi
Selepas Daniel dibebaskan dari gua Singa (Daniel 6:21-28), dia diangkat oleh raja Darius sebagai gabenor wilayah Babylon, salah seorang pemerintah utama di kedua dua Empayar Babylonia dan Persia (Daniel 9:1). Kedudukan tinggi Daniel tidak melambatkan gaya hidup doanya. Dia tahu bahawa Tuhan meletakkan dia di tempat tinggi di Babylon dan Empayar Parsi. Selepas mendapat mimpi dan penglihatan yang kuat daripada Tuhan, Daniel menetapkan hatinya untuk mencari perkenan Tuhan dalam doa. Dia tahu bahawa umat Tuhan hidup dalam tawanan kerana dosa mereka terhadap Tuhan. Daniel berdoa dan menghadap ke arah Yerusalem, dia mengaku dosa bangsanya, dosa umat Tuhan di tanah Israel (Daniel 9:3-19)
Jawapan daripada doa Daniel, malaikat Gabriel datang kepadanya untuk mengungkapkan penglihatan yang lebih mendalam tentang masa depan. Dalam Daniel pasal 10:1-21, dia meneruskan doanya dengan berpuasa selama 21 hari. Malaikat Mikhael datang dan membantu Daniel untuk berperang melawan raja Persia, yang melawan Daniel dalam alam roh. Kita sentiasa melihat terobosan rohani dalam Alkitab selepas umat Tuhan bertaubat dan kembali kepada Tuhan untuk mendapatkan pertolongan.
Fokus Doa
1.Berdoa untuk ‘Daniel’ kita di negara kita hari ini, agar mereka kuat dalam iman mereka dan mereka akan menjadi garam dan terang di mana sahaja Tuhan meletakkan mereka. Mereka akan mengasingkan masa untuk berdoa seperti Daniel, Berdoa untuk perlindungan Tuhan atas keluarga mereka, agar mereka dibebaskan dari segala tipu daya si jahat.
2.Berdoa agar mereka menggunakan kedudukan/posisi mereka untuk mencari Tuhan dengan sepenuh hati untuk berpuasa dan berdoa sepanjang doa dan puasa korporat ini. Kami percaya bahawa Tuhan akan mengkabulkan doa mereka dengan ribuan orang percaya selama 30 hari berdoa dan berpuasa ini.
3.Berdoalah agar Tuhan membangkitkan lebih banyak Daniel, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego di tempat-tempat strategik di negara kita. Agar mereka memberikan nasihat yang baik kepada para pemimpin tertinggi di negara kita




Comments