top of page

Engkau Membimbing Aku


“...Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.... Mazmur 16:7


Pemazmur tidak berhenti memuji-muji Tuhan sebab Dia adalah penasihat bagi hidupnya, dengan mengajar dia dengan baik. Manakala pada malam hari perintah-Nya akan dimasukkan-Nya ke dalam fikirannya.


Oleh kerana kebijaksanaan yang Tuhan memberikan kepadanya maka dia akan tahu apa yang harus dia lakukannya. Sebab perintahnya yang memberitahukan kepadanya segala yang perlu dia lakukan.


Apakah anda sentiasa mengucap syukur kepada Allah karena membimbing anda dalam segala yang anda harus lakukan? Dengan berkata kepada Tuhan “..aku memuji-Mu kerana memberi nasihat kepada saya, iaitu nasihat untuk menjadikan Engkau sebagai bahagian dan sukacita saya.


Allah memberikan nasihat-Nya kepada kita melalui firmanNya dan Roh-Nya ke dalam hati kita untuk mengarahkan kita di malam hari. Sebab disaat kita berdiam diri dan bersendirian, di saat itulah Tuhan berbicara ke dalam hati nurani kita. Dengan menyatakan apa yang harus kita lakukan.


Oleh itu marilah kita terus memuji-muji TUHAN, sebab sentiasa menasihati dan mengajar kita sepanjang malam dengan mengajar hati kita melalui FirmanNya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dengan berterima kasih kepadaMu atas bimbinganMu ke atas hidup saya setiap hari. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page