Lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka. Sekarang mata-Ku terbuka dan telinga-Ku siap mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini. 2 Tawarikh 7:14- 15
Ha! Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana orang Ba Kelalan mengalami lawatan rohani kan. Nah! Lanjutan dari itu, beberapa tahun berikutnya, mereka mengalami lagi hal yang baru…
Pada waktu itu, ada seorang peribadi yang sangat sederhana - nama dia Pak Agung Bangau. Tuhan menyuruh dia memimpin kelompok doa untuk pergi berdoa di beberapa bukit di Ba Kelalan.
Waktu itu banyak mujizat yang berlaku…
Dan seterusnya, Tuhan menyuruh dia membuat sesuatu yang agak mustahil di mata manusia. Iaitu berdoa di Gunung Murud.
Tahukah anda bahawa Gunung Murud merupakan puncak yang tertinggi di Sarawak dan terletak di dataran tanah tinggi Borneo antara Bario dan Ba Kelalan.
Pada waktu itu, gunung ini merupakan kawasan hutan tebal dan keras. Tidak ada orang berani tinggal di sana..
Namun, Pak Agung taat dan menurut apa yang Roh Kudus suruh dia buat dan dia membawa kelompok gereja dari Ba Kelalan pergi ke gunung itu untuk berdoa di sana.
Selepas itu mereka mula membina gereja di sana.. Boleh percaya tak? Gedung gereja yang besar di atas gunung yang tertinggi di Sarawak.. Wow!
Nah! Di sana juga mereka melihat tanda tanda api yang berlaku di langit dan banyak mujizat lain yang berlaku di sana. Banyak orang mengalami pengalaman supernatural dan peribadi di sana..
Apa yang sangat menyentuh hati adalah, bila Roh Kudus menyatakan tempat itu menjadi tempat berdoa untuk segala bangsa…
Tuhan sangat baik kan? Kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai apa yang berlaku di sana, boleh lah melayari laman web komuniti Digital..
Saya harap suatu hari kita semua dapat pergi berdoa di Gunung Murud..
Comentarios