top of page

Hal Luar Biasa Kerana Tuhan


“...Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka..... Maz 18:30


Pemazmur berkata bahawa “…dia dapat mengalahkan semua musuh-musuhnya kerana camputangan pertolongan Tuhan bersama dengannya maka dia dapat mengalahkan tentara dan memanjat tembok musuh.


Dengan penyertaan Allah bersama-sama dengannya maka dia menjadi berani dan boleh melakukan hal-hal yang besar, iaitu memecahkan suatu pasukan tentara dan melompat pagar tembok musuh-musuhnya.


Campurtangan Tuhan didalam hidup pemazmur menyebabkan pemazmur menjadi seorang yang luarbiasa dalam melakukan hal-hal yang luar biasa yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.


Demikian juga dengan diri kita, jika Tuhan bersama-sama dengan kita maka hal-hal yang luarbiasa kita dapat lakukan sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan sendiri. Bagi pihak kita hanya menyerah seluruh hidup kita kepadaNya untuk dipakai olehNya


Bagaimana dengan diri anda sekarang ini apakah anda mahu melakukan hal-hal yang besar dalam hidup anda? Tiada jalan singkat yang kita boleh gunakan hanya kita berserah kepada Tuhan untuk campurtangan maka hal-hal yang besar akan kita alami.



Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, saya serahkan kepadaMu, pakailah hidup saya untuk melakukan pekerjaanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page