top of page

9: Yesus Dimakamkan



Lukas 23:50-56 (AVB) 50 Terdapat seorang bernama Yusuf yang berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang yang baik dan benar. 51Walaupun seorang anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan majlis itu. Dia juga sedang menantikan kerajaan Allah. 52 Dia pergi menghadap Pilatus untuk meminta jenazah Yesus. 53 Kemudian, Yusuf menurunkan jenazah itu daripada salib, mengafankannya dengan kain linen lalu membaringkannya di dalam sebuah makam yang dipahat pada bukit batu. Makam itu belum pernah digunakan. 54 Hari itu ialah hari Persiapan, dan hari Sabat hampir bermula.

55 Perempuan-perempuan yang telah mengikut Yesus dari Galilea pergi bersama Yusuf untuk melihat makam itu dan bagaimana jenazah Yesus diletakkan di dalamnya. 56 Kemudian, mereka pulang lalu menyediakan rempah-rempah yang harum dan minyak wangi-wangian untuk jenazah Yesus. Pada hari Sabat mereka berehat mengikut hukum Taurat.





Selepas Yesus mati dan diturunkan dari salib, Dia dikuburkan oleh seorang lelaki yang bernama Yusuf, dari bandar Arimatea di negeri Yudea. Yusuf kebetulan juga merupakan seorang ahli Sanhedrin, tetapi menentang perbicaraan dan penyaliban Yesus.


Yusuf secara rahsia percaya bahawa Yesus adalah Mesias menurut Alkitab, tetapi tidak mengakui kepercayaannya secara terbuka kerana takut. (Yohanes 19:38).


Yohanes 19:38 Selepas itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. Yusuf ialah seorang murid Yesus secara diam-diam kerana takut akan ketua orang Yahudi. Dengan izin Pilatus, maka dia datang dan mengambil jenazah Yesus


Selepas Yesus mati, Yusuf pergi kepada Pilatus secara diam-diam dan meminta mayat Yesus supaya dia dapat menyediakan pengebumian yang sewajarnya.




Hari pengebumian ini adalah hari kekeliruan dan kesedihan. Inilah hari yang kita harus menghadapi cabaran and menyeberangi lembah kegelapan. Di sini kita lihat murid-murid Yesus mengalami perasaan kekeliruan dan kesedihan. Banyak emosi-emosi negatif yang murid-murid Yesus alami :

  • Mereka mempunyai perasaan dendam

  • Mereka rasa dikalahkan

  • Mereka merasa lemah semangat (demoralized)

  • Mereka rasa kecewa

  • Mereka ada tekanan bermasalah

  • Mereka mempunyai kekacauan dan gangguan fikiran

  • Mereka tertekan (depressed)

  • Mereka keliru (disillusion) dan kecewa

  • Mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada masa hadapan mereka..


Yesus sudah memberikan amaran bahawa ini akan berlaku sebelumnya, berulang-ulang kali.


Matius 26:31 Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Kamu semua akan goyah kerana-Ku malam ini, seperti yang telah tersurat: ‘Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.


Apakah pernah kita meninggalkan Yesus di dalam hari-hari kekeliruan?


Yohanes 16:16 Yesus berkata, “Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian, kamu akan melihat-Ku.”


Yohanes 16:20-22 (AVB) 20 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka ria. Kamu akan bersedih, namun kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan. 21 Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia. 22 Begitulah juga kamu bersedih sekarang, tetapi Aku akan menemui kamu lagi. Hatimu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapa pun.



Kita akan mengalami musim kekeliruan dan kesedihan, tetapi Dia mengatakan dia akan datang kembali dan kita akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia. Dengan cara yang sama, kita akan mengalami musim kekeliruan dan kesedihan, tetapi Dia mengatakan dia akan datang kembali dan kita akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia.


2 Korintus 1:20 Yesus adalah “ya” bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut “Amin” demi kemuliaan Allah.


Semua janji-janji Allah adalah “ya” melalui Yesus Kristus.


Di dalam musim kegelapan, kita harus bergantung kepada apa yang kita tahu sebagai benar.

Tuhan melihat apa yang kita alami. Di dalam kita mengharungi lembah kegelapan, Mazmur 23 menyatakan bahawa dengan gadanya, gembala akan memimpin kita. Dengan tongkatnya, gembala akan melindungi kita.


Pengorbanan Yesus yang besar bukan sahaja menjadi penebusan bagi dosa manusia, tetapi ia juga menjadi kemenangan yang akan mengalahkan dan mengatasi maut, yang sebaliknya akan menjadi nasib yang tidak dapat dielakkan bagi semua manusia yang dilahirkan di bawah kutukan dosa. Dosa membawa hukumannya sendiri yang tidak dapat dielakkan, dan hukuman itu adalah kematian. Pencipta kita adil - iaitu hukuman dosa dibayar. Kerana Tuhan itu pengasih dan penyayang serta adil, Dia mengutus Yesus (AnakNya) yang tunggal untuk membayar hukuman atas dosa-dosa kita (Yohanes 3:16).


Yesus menyatakan berulang kali bahawa, Yesus akan bangkit daripada kematian… tetapi, murid-murid Yesus terlupa. Mereka tidak mengingati janji Yesus kepada mereka.


Oleh itu, antidot kekeliruan dan kesedihan ialah untuk kita mengingati janji-janji Allah. Dari mana kita mendapat janji Allah? Melalui apa yang telah tertulis di dalam Alkitab



Renungan

  1. Apakah pernah kita meninggalkan Tuhan di dalam kekeliruan, keraguan dan kesedihan kita?

  2. Apakah yang harus kita ingat tentang janji-janji Allah di musim kekeliruan hidup kita?

  3. Apakah harapan yang dapat kita kongsikan dengan orang lain yang berhadapan dengan musim kekeliruan di dalam hidup mereka.


Doa

Tuhan, kami datang ke hadapan mu pada hari ini, yang mengingatkan kami, saat Yesus dikuburkan, adalah hari kekeliruan dan kesedihan bagi murid-murid Yesus. Kami juga diingatkan bahawa, cara kami mengatasi hari hari kekeliruan dan kesedihan ialah dengan mengingati janji-janji Yesus. Janji-janji mu adalah ya .. dan kami hari ini, kami akan pegang kepada janji-janji Tuhan, walaupun kami sekarang berada di dalam lembah kegelapan. Kami tahu, tidak lama lagi, kami akan bersukacita, seperti seorang perempuan yang sudah melahirkan anak ke dunia. Terima kasih Tuhan, di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen.

Elder AWK

bottom of page