top of page

Hatiku Bersyukur dan gembira


“....Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, dan aku selamat, kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa...,.... Maz 16:9-10


Pemazmur berkata bahawa hatinya sentiasa bersyukur dan bergembira dan tubuhnya sentiasa beristirahat dengan tentram, oleh kerana dia tahu bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan dia ditempat atau tidak akan membiarkan dirinya akan binasa.


oleh kerana pemazmur tahu bahawa Tuhan tidak akan membiarkan dirinya bersendiran dan binasa maka hatinya dipenuhi dengan kesyukuran dan kegembiraan. Sebab dia yakin Tuhan akan menjaga dia daripada segala keadaan


itulah sebabnya pemazmur memilih untuk menjalani kehidupan yang akrab dengan Allah sepanjang hidupnya, kerana dia tahu bahawa Tuhanlah sumber kehidupannya dan kesukaan bagi dirinya.


Bagaimanakah dengan diri anda hari ini, apakah anda tahu siapa Tuhan itu bagi diri anda hari ini? bahawa Tuhan tidak akan membiarkan orang yang mengasihi diriNya bersendirian. dimana Dia akan sentiasa akan bersama dan melindungi


Apakah anda mahu menikmati hidup ini? Mari jalanilah kehidupan yang akrab dengan Tuhan sepanjang hidup anda.


Doa: Bapa yang di surga, berterima kasih kepadaMu kerana menjadi Tuhan yang menjaga hidup saya dan melindungi saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page