top of page

Hawa Nafsu yang tidak dapat Dikawal, akan Menghancurkan Hidup Orang Lain


2 Samuel 13:11-15, 17-18 (AVB)

      11Ketika perempuan itu menghidangkannya kepadanya untuk dimakan, Amnon memegang dia dan berkata kepadanya, “Mari, tidurlah dengan aku, adikku.” 12Jawab gadis itu kepadanya, “Tidak, abangku, jangan perkosa aku, kerana hal semacam itu tidak patut dilakukan di Israel. Jangan kaulakukan perbuatan bodoh ini. 13Sebabnya ke manakah akan kubawa aibku? Engkau sendiri akan dianggap sebagai seorang yang bodoh di Israel. Sekarang, bicaralah dengan raja, tentu dia tidak akan menahan diriku daripadamu.” 14Meskipun begitu, Amnon tidak mahu mendengar kata-katanya. Dia lebih kuat daripada Tamar, sehingga dia memperkosa Tamar dan menidurinya. 15Setelah itu, Amnon berasa sangat benci kepada perempuan itu, bahkan kebenciannya pada perempuan itu melebihi cintanya yang dahulu. Lalu kata Amnon kepadanya, “Bangun, nyahlah!”

  17Dia kemudian memanggil pelayannya dan berkata, “Keluarkanlah perempuan ini dari sini dan kuncilah pintu di belakangnya!” 18Pada waktu itu Tamar memakai baju panjang berlengan, kerana demikianlah pakaian anak-anak perempuan raja yang masih perawan. Pelayan Amnon membawa Tamar keluar dan mengunci pintu di belakangnya.


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Jauhi perbuatan dosa berahi seperti yang dilakukan oleh Amnon yang menipu bapanya Raja Daud supaya membenarkan adiknya yang bernama Tamar datang kepadanya, sebab Amnon mengatakan dirinya sakit. Dengan kesempatan itu Amnon tidak membuang peluang untuk memuaskan nafsunya lalu merogol Tamar.


2. Setelah melakukan hal yang terkutuk itu, Amnon menjadi sangat benci terhadap Tamar dan memerintahkan Tamar keluar. Dia memanggil pelayan pribadinya untuk membawa Tamar keluar lalu mengunci pintu.


Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi dosa menipu dan dosa berahi sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Roma 6:23. Perkara itu akan membuat orang yang menjadi mangsa mengalami tekanan hidup dan merasa pilu.


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page