Hidup Dengan Iman Dan Pengharapan, Bukan Ketakutan
- Komuniti Digital 05

- 3 hours ago
- 1 min read

Teks: 2 Timotius 1:7
“Kerana Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih, dan ketertiban.”
Renungan:
Ketakutan sering timbul apabila kita menilai keadaan hidup berdasarkan pandangan dan kefahaman manusia semata-mata. Namun demikian, firman Tuhan mengingatkan kita bahawa kehidupan orang percaya tidak dipimpin oleh ketakutan, sebaliknya oleh iman dan pengharapan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Iman menolong kita untuk terus percaya bahawa Tuhan berdaulat, walaupun keadaan kelihatan tidak menentu. Pengharapan pula memberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan, kerana kita yakin bahawa Tuhan memegang masa depan setiap orang yang percaya kepada-Nya.
Apabila kita memilih untuk hidup dengan iman, kita memilih untuk berpegang kepada janji-janji Tuhan. Apabila kita hidup dengan pengharapan, kita bersandar sepenuhnya kepada kesetiaan-Nya. Ketakutan akan kehilangan kuasanya apabila kita menyerahkan seluruh kehidupan kita kepada Tuhan dan membiarkan Dia memimpin setiap langkah kita.
Doa
Ya Tuhan, ajarlah kami untuk hidup dengan iman dan pengharapan kepada-Mu, dan bukan dikuasai oleh ketakutan. Kuatkan hati kami agar kami terus percaya bahawa Engkau sentiasa menyertai serta memimpin setiap langkah kehidupan kami.
Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.
Rev. Ali Langgit




Comments