top of page

Hindari Perbuatan Jahat atau Cabul dalam Hidup Kita


2 Samuel 11:2-5, 15-17, 26-27 (AVB)

  2Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu. 3Lalu Daud menyuruh orang untuk bertanya tentang perempuan itu. Kata orang, “Bukankah itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria, orang Het?” 4Setelah itu, Daud mengirim beberapa orang utusan untuk menjemputnya lalu datanglah perempuan itu kepadanya. Raja Daud meniduri perempuan itu (yang baru sahaja menyucikan diri daripada kenajisannya.) Kemudian pulanglah perempuan itu ke rumahnya. 5Beberapa waktu kemudian perempuan itu mengandung. Disuruhnya orang untuk memberitahukan hal itu kepada Daud, katanya, “Aku mengandung.”

   15Dalam surat itu ditulisnya demikian, “Tempatkanlah Uria di barisan hadapan di medan peperangan yang paling sengit, dan jauhkanlah dirimu daripadanya. Biarkan dia diserang dan mati.” 16Jadi, ketika Yoab mengepung kota itu, dia menempatkan Uria di tempat yang diketahuinya bertumpu para kesateria yang gagah perkasa. 17Lalu orang kota itu keluar memerangi Yoab. Maka gugurlah beberapa orang daripada kalangan anak buah Daud termasuk Uria, orang Het itu.

      26Ketika isteri Uria mendengar bahawa Uria, suaminya, telah gugur, dia pun meratapi suaminya itu. 27Setelah masa berkabung selesai, Daud mengutus orang untuk menjemput dia ke istananya. Lalu perempuan itu menjadi isterinya dan melahirkan seorang anak lelaki baginya. Akan tetapi, di mata TUHAN, sangat keji hal yang dilakukan Daud itu.


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita menghindari perbuatan jahat atau cabul seperti yang dilakukan oleh Raja Daud. Biarlah kita menjadikan perkara ini sebagai pelajaran dalam hidup kita. Raja Daud bukan hanya mencabuli isteri Uria yang bernama Batsyeba, tetapi beliau ada rencana yang jahat terhadap Uria, iaitu berencana untuk membunuhnya dalam perperangan.


2. Bagi yang masih single/ bujang lelaki ataupun Perempuan, carilah pasangan hidup mu orang yang masih bujang atau single dan bukan isteri atau suami orang. Jauhkan diri dari perbuatan cabul. Ajaran Firman Tuhan ini adalah untuk kita saat ini, bukan untuk masa lampau kita.


Jauhi hati dan fikiran yang jahat dalam hidup kita. Biarlah kita sentiasa melakukan segala perkara yang mulia dan baik, supaya semuanya memuliakan TUHAN yang harus kita agungkan dan tinggikan. Halleluya dan amen!!


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page