Hormati Kehadiran ALLAH Dalam Kehidupan Kita
- Komuniti Digital 05

- Apr 21, 2025
- 2 min read
Updated: Apr 23, 2025

2 Samuel 6:2-7 (AVB)
2Kemudian Daud dan seluruh rakyat bersiap-siap lalu berjalan dari Baale-Yehuda, untuk mengangkut dari sana tabut Allah, yang disebut dengan nama TUHAN alam semesta yang bertakhta di atas kerubin.3Mereka menaikkan tabut Allah itu ke atas sebuah pedati baru dan mengangkutnya dari rumah Abinadab, yang terletak di bukit. Uza dan Ahio, anak-anak Abinadab, mengendalikan pedati baru itu 4bersama-sama tabut Allah yang diangkut mereka dari rumah Abinadab di bukit. Ahio berjalan di depan tabut itu, 5sementara Daud dan seluruh keturunan kaum Israel menari-nari di hadapan TUHAN dengan diiringi nyanyian serta alat muzik kecapi, gambus, rebana, kerincing dan ceracap. 6Ketika mereka sampai di tempat pembantingan bijirin Nakhon, Uza menghulurkan tangannya untuk memegang tabut Allah, kerana lembu-lembu pedati itu tergelincir. 7Lalu menyalalah murka TUHAN terhadap Uza. Allah mengajar dia di sana kerana kesalahannya itu, dan matilah dia di sana, berdekatan dengan tabut Allah.
Pengajaran/Refleksi
1. Tuhan Allah yang kita sembah adalah Tuhan yang hidup dan Maha Kuasa. TUHAN adalah Roh. Dalam Perjanjian lama ada Tabut Perjanjian sebagai lambang kehadiran Tuhan.
2. Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sembil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Apabila mereka sampai di tempat mengirik gandum kepunyaan Nakhon, lembu-lembu itu tergelincir, lalu Uza menghulurkan tangan dan memegang Tabut Perjanjian. Pada saat itu juga TUHAN Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatannya itu merupakan penghinaan kepada TUHAN.
Hormatilah TUHAN dimana saja kita berada sebab TUHAN kita adalah TUHAN yang hidup, kudus dan MAHA KUASA. TUHAN adalah Roh, tidak kelihatan, walaupun tidak ada Tabut Perjanjian itu saat ini, tetapi Roh TUHAN tinggal dalam setiap kita yang percaya kepada-Nya.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit




Comments