top of page

Hukuman Dosa Raja Daud


2 Samuel 12:8-12 (AVB)

  8Seisi istana tuanmu telah kuberikan kepadamu, demikian juga isteri-isteri tuanmu ke pangkuanmu. Aku pun mengurniakan kepadamu keturunan kaum Israel dan Yehuda. Jika itu belum cukup, tentu Aku akan menambahkan ini dan itu lagi bagimu. 9Lalu mengapakah engkau meremehkan firman TUHAN dengan melakukan hal yang jahat di sisi-Nya? Engkau membunuh Uria, orang Het itu, dengan pedang. Kauambil isterinya menjadi isterimu, dan dia sendiri kaubunuh dengan pedang bani Amon. 10Maka sekarang, pedang tidak akan dijauhkan daripada keluargamu untuk selama-lamanya, kerana engkau telah meremehkan Aku dan mengambil isteri Uria, orang Het itu, menjadi isterimu.’ 11Beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka bagimu dari dalam keluargamu sendiri. Aku akan mengambil isteri-isterimu di hadapan matamu dan menyerahkan mereka kepada orang lain. Isteri-isterimu akan ditidurinya ketika hari siang lagi. 12Engkau melakukan hal itu secara sembunyi-sembunyi, tetapi Aku akan menghukum kamu di depan semua orang Israel secara terang-terang.’ ”


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Walaupun TUHAN telah memberkati Raja Daud dengan memberikan kepadanya kerajaan Saul serta isteri-isterinya, dan bahkan telah menjadikannya raja atas Israel dan Yehuda, TUHAN masih sanggup memberinya kerajaan yang dua kali ganda lebih besar.


2. Oleh kerana Raja Daud melawan perintah Tuhan, maka TUHAN akan menghukum Raja Daud, di mana dalam setiap generasi keturunan Daud akan ada yang mati terbunuh. Isteri -isterinya akan diambil di hadapan matanya sendiri, lalu mereka akan diberikan kepada orang lain untuk ditiduri secara terang-terang.


3. Tuhan juga akan membiarkan dosa Raja Daud yang tersembunyi menjadi secara terang-terang di hadapan segenap umat Israel.


Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya menjauhi segala dosa, sebab perbuatan dosa pasti ada balasannya atau upahnya. Penuhi dan kuasai hidup kami dengan kuasa ROH KUDUS-MU ya TUHAN.


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page