top of page

Jangan Menyumpah Walaupun Dalam Kesesakan


1 Samuel 14:26-29 (BM)

Tetapi tiada sesiapa pun yang makan madu itu. Mereka takut akan kutukan yang diucapkan oleh Raja Saul. Tetapi Yonatan tidak tahu bahawa ayahandanya sudah mengancam rakyat dengan kutukan itu; maka dia menghulurkan tongkat yang dibawanya, dan mencucukkannya ke dalam sarang madu, serta mengambil madu itu lalu memakannya. Segera dia berasa segar dan bertambah kuat. Kemudian seorang daripada askar itu berkata kepadanya, "Kami semua sudah tidak berdaya kerana lapar. Tetapi ayahanda tuan mengancam kami dan berkata, 'Terkutuklah orang yang makan apa pun pada hari ini.'" Yonatan menjawab, "Alangkah dahsyatnya tindakan ayahandaku terhadap bangsa kita! Lihatlah, keadaanku sekarang jauh lebih baik setelah aku makan sedikit madu."


Pengajaran/Refleksi

Jangan cuba mengeluarkan kutukan pada waktu kesesakan kerana kutukan akan mengakibatkan kehancuran, sedangkan kebenaran menyelamatkan kehidupan.

Cara yang benar dalam mengambil keputusan adalah dengan mencari petunjuk Firman Tuhan dan berdoa, kerana cara Tuhan bekerja sering kali melampaui pemahaman akal sihat kita, dan bukan dengan cara-cara yang tidak rasional.


Doa

Tuhan, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tidak mengambil tindakan atau keputusan yang berdasarkan keinginan manusiawi kami. Biarlah kami bertindak menurut kehendak-Mu, ya Tuhan. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page