Janji Tuhan Pasti Terjadi Dalam Kehidupan Kita
- Komuniti Digital 05
- 7 days ago
- 1 min read

2 Samuel 7:10, 12-13 (AVB)
10Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya, 12Apabila sampai akhir hayatmu, dan engkau dibaringkan bersama nenek moyangmu, Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, anak kandungmu sendiri, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya. 13Dialah yang akan membina sebuah bait bagi nama-Ku dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya.
Pengajaran/Refleksi
TUHAN telah memilih satu negeri bagi umat-Nya Israel, supaya mereka tidak ditindas oleh sesiapa pun.
TUHAN berjanji akan melindungi Raja Daud dan keturunannya daripada musuh dan akan TUHAN akan melantik putra Raja Daud menjadi raja, dan TUHAN akan mengukuhkan kerajaannya sehingga saat ini.
Kiranya TUHAN YESUS memberkati dan melindungi setiap kita umat-Nya, daripada yang jahat seperti TUHAN melindungi Raja Daud.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comentarios