top of page

Kasih Seorang Sahabat yang Tidak akan Putus


2 Samuel 9:1-3, 7, 11-12 (AVB)

  1Berkatalah Daud, “Masih adakah orang yang tinggal daripada keluarga Saul? Maka aku akan menunjukkan kasihku kepadanya demi Yonatan.” 2Keluarga Saul mempunyai seorang hamba, yang bernama Ziba. Dia dipanggil menghadap Daud, lalu raja bertanya kepadanya: “Adakah kamu ini Ziba?” Jawabnya: “Hamba tuanku.” 3Kemudian berkatalah raja: “Daripada keluarga Saul, tidak adakah lagi orang yang tinggal? Aku hendak menunjukkan kepadanya kasih daripada Allah.” Jawab Ziba kepada raja, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan yang tempang kedua-dua belah kakinya.”

   7Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”

  11Berkatalah Ziba kepada raja: “Semua yang diperintahkan Tuanku Raja akan hamba laksanakan.” Maka Mefiboset makan di meja Daud sebagai salah seorang anak raja. 12Mefiboset mempunyai seorang anak lelaki bernama Mikha yang masih kecil, dan semua orang yang tinggal di rumah Ziba ialah hamba Mefiboset.


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Firman Tuhan hari ini mangajar kita tentang kasih seorang sahabat yang tidak akan putus. Raja Daud mencari ahli keluarga Raja Saul, apakah ada diantara mereka yang masih hidup? Raja Daud hendak berbuat baik kepada mereka demi teman baiknya yang bernama Yonatan.


2. Raja Daud melakukan hal itu, oleh kerana dia telah berjanji kepada Allah. Raja Daud mengasihi anak Yonatan dan memberi semula semua tanah yang dahulu dimiliki oleh Raja Saul. Raja Daud juga membawa Mefiboset makan bersama -sama dengan dia seperti salah seorang anaknya sendiri.


TUHAN YESUS, ajarilah kami memiliki kasih seperti yang Daud lakukan kepada keturunan Raja Saul, demi anaknya yang bernama Yonatan. Raja Daud mengasihi Yonatan sepenuhnya kerana dia telah berjanji kepada ALLAH. Halleluya dan amen!!


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

 

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page