top of page

Kesukaran yang Bertambah



‘..Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.. ’ (Matius 28:16-20, a.19).


Renungan:


Kita terus menekankan fakta bahawa dalam zaman pluralistik (sesebuah masyarakat yang berbilang kaum hasil daripada pemaksaan dan bukannya secara semula jadi) kita tidak boleh melemahkan keyakinan kita bahwa Yesus Kristus adalah Tuhan, dan satu-satunya Penyelamat manusia. Kita mesti bersedia untuk menyanyi mengikut alunan kebenaran Ilahi. Semalam, kita menyatakan bahawa zaman kita memahami kebenaran mengenai keunikan Yesus Kristus. Pertimbangkan bersama dengan saya bagaimana hal itu melecehkan satu lagi kepercayaan Kristian - berkongsi iman dengan orang lain.


Generasi sekular (bebas) ini tidak terlalu peka ketika melihat kita tertutup di gereja-gereja kita, tetapi ketika kita berusaha untuk melakukan perintah Tuhan untuk ‘jadikan semua bangsa murid-Ku’ kita malahan berhadapan dengan penolakan. Suatu ketika, semasa perdebatan agama berlangsung di TV, seorang lelaki berkata, ‘Mari kita berharap bahawa abad ke-21 ini, terlihat gereja-gereja Kristian mengubah cara-cara mereka dalam membawa orang yang baru untuk bertaubat. Tidak ada seorangpun yang layak untuk pergi kepada orang lain dan berusaha untuk meyakinkan orang itu untuk menjadi orang Kristian’. Sekiranya pendapat itu adalah miliknya, saya tidak akan menyebutnya di sini, tetapi sayangnya tidak. Ramai orang percaya akan hal yang sama, dan mereka bangga kerana mempercayainya. Penginjilan, secara implikasinya adalah kerja orang-orang fanatik (radikal).


Saya selalu menyukai definisi penginjilan ini sebagai ‘seorang pengemis yang memberitahu orang lain dimana hendak mencari roti’. Jiwa jejaka dan wanita yang sangat lapar akan roti kehidupan yang berasal dari Yesus Kristus sahaja. Tidak berusaha untuk menawarkan roti itu adalah bertentangan dengan perintah yang Dia berikan kepada kita.


Di beberapa negara (sebagai contoh, negara-negara Islam) penginjilan adalah dilarang atau disekat oleh undang-undang. Hal ini tidak berlaku di negara-negara Barat dan tiada seorang pun tahu berapa lama pintu ini akan terus terbuka? Kita mesti melalui pintu terbuka itu sebelum ditutup.


Ayat rujukan:

KPR 1:8;

Roma 10:8-17


Doa:

Bapa Surgawi, Engkau mengutus Anak-Mu untuk menjadi Penyelamat kami kerana tidak ada cara lain untuk kami diselamatkan. Engkau memerintahkan kami untuk menyampaikan mesej. Tolong kami untuk melakukannya. Beri kami kebijaksanaan dan kekuatan untuk mengatasi semua rintangan. Amin.



Rev. Gerawat Marat


bottom of page