top of page

Ketidaktaatan Membuat Tuhan Menolak Seseorang



1 Samuel 15:10-13,19, 22 (AVB)

Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian, “Aku masyghul, kerana Aku telah menjadikan Saul raja, kerana dia telah berbalik daripada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku.” Maka amat kesallah Samuel dan dia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman. Lalu Samuel bangun pagi-pagi untuk bertemu dengan Saul, tetapi dia diberitahu demikian, “Saul telah pergi ke Karmel tadi dan mendirikan sebuah tugu peringatan bagi dirinya di situ. Kemudian dia berangkat dan menuju Gilgal.” Ketika Samuel sampai di tempat Saul, berkatalah Saul kepadanya, “Semoga engkau diberkati TUHAN! Aku telah melaksanakan firman TUHAN.” Mengapa engkau tidak mematuhi firman TUHAN, tetapi malah menyambar jarahan itu dan melakukan kejahatan di mata TUHAN?Kata Samuel,

“Adakah korban bakaran dan korban sembelihan yang lebih disukai TUHAN daripada mendengar suara TUHAN?

Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan

dan memperhatikan itu lebih baik daripada lemak domba jantan.”



1.  JANGAN SAMPAI TUHAN MENGATAKAN BAHAWA DIA MENYESAL TELAH MEMILIH KITA UNTUK MELAKUKAN PELAYANAN-NYA YANG DIA TELAH PERCAYAKAN KEPADA KITA MASING-MASING. RAJA SAUL DITOLAK TUHAN KERANA TIDAK TAAT KEPADA PERINTAH TUHAN. LAKUKAN PELAYANAN YANG SEDIA ADA SESUNGGUHNYA YANG MAMPU KITA LAKUKAN.

2.  JANGAN SEKALI-KALI MEMBELAKANGI TUHAN, TETAPI TAATILAH PERINTAH-NYA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA. LAKSANAKAN PERINTAH-NYA SESUAI KEHENDAK-NYA.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk kasih setia-Mu kepada kami. Berikan kami hati yang senantiasa taat melakukan kehendak-Mu.  Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen!


Rev. Ali Langgit



Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page