top of page

Maha Kuasa



Shalom saudara


Kita sambung lagi perbicaraan tentang sifat-sifat keilahian Yesus.


Sekarang kita lihat pula sifat Mahakuasa.


Nah, Yesus melakukan banyak mukjizat dan mukjizat-mukjizat-Nya mengukuhkan kebenaran bahawa Yesus adalah Tuhan. Yesus sendiri memberitahu murid-murid-Nya dalam Yohanes 14:11 Percayalah kepada-Ku, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku; atau setidak-tidaknya, percayalah karena pekerjaan-pekerjaan itu sendiri.


Dengan mengatakan bahawa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku, Yesus menunjukkan kesetaraan-Nya dengan Bapa dari segi sifat ilahi yang dimiliki oleh Yesus.


Sebab sebelum itu Yesus memberitahu murid-murid-Nya, barangsiapa telah melihat AkuIa telah melihat Bapa. Bermaksud, kalau kita ingin mengenal Bapa dan mengenal sifat-sifat ketuhanan Bapa seperti kasih, kekuasaan-Nya, kemahatahuan-Nya, kekudusan-Nya, kesempurnaan-Nya, maka lihatlah Yesus.


Kita dapat lihat sifat-sifat keilahian dalam Yesus. Itulah sebabnya kalau kita melihat Yesus, kita akan melihat Bapa. Sepertimana Paulus juga berkata dalam Kolose 2:9, Sebab di dalam Yesus lah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan. Maka Yesus berkata, “Kalau kamu tidak percaya tentang hal ini lihatlah pekerjaan-pekerjaan yang saya lakukan.”


Saya ingin membawa kita melihat beberapa mukjizat yang dilakukan oleh Yesus. Dan saya akan mengambil masa untuk menjelaskan mukjizat itu supaya kita dapat lihat kemahakuasaan Yesus.


Mukjizat pertama, Yesus menukar air jadi air anggur atau wain. Untuk mendapat air anggur, macam mana proses dia ya?


Nah, pertama-tama mesti ada biji-biji anggur. Tanam biji anggur itu dan harus jaga dengan menyiram dan meletak baja dan sebagainya kan? Dan selepas itu harus tunggu musimnya untuk berbuah iaitu berapa bulan. Harus tunggu. Dan lepas itu musim berbuah harus petik buahnya, harus prosesnya. Dan untuk mendapat air anggur yang tinggi kualitinya harus simpan dalam botol untuk beberapa tahun. Bermaksud, proses untuk menghasilkan air anggur adalah sangat lama, Ia mungkin bertahun-tahun.


Tapi apa yang Yesus lakukan, ia hanya dalam sekelip mata sahaja. Air yang kosong tiba-tiba tukar jadi air anggur. Dan bukan sekadar air anggur yang biasa, tapi air anggur yang sangat berkualiti. Apakah ini mukjizat yang boleh dilakukan oleh orang biasa? Air kosong tiba-tiba jadi air anggur yang sangat berkualiti lagi.


Nah, mukjizat kedua. Yesus memberi makan kepada 5000 orang dengan hanya lima roti dan dua ikan.


Nah, bayangkan kita mahu buat kenduri besar. Macam mana persiapannya? Yang pertama harus budgetlah dulu kan? Harus pergi supermarket beli barang-barang. Lepas itu potong sayur, potong daging, cuci dan masak. Nah, berapa orang yang masak? Ha, pasti bukan satu orang. Bermaksud, proses untuk membuat satu kenduri yang besar katakan untuk 5000 orang itu bukan senang. Ya, dan perlu banyak masa dan kerja.


Tapi apa yang Yesus lakukan? Yesus berdoa, dan lima roti dan dua ikan itu berlipat-ganda dan dapat memberi makan kepada lima ribu orang dan keluarga mereka sampai kenyang. Dan lepas makan ada lebih lagi, boleh tapau lagi 12 bakul. Wow! Apakah mukjizat ini boleh dilakukan oleh orang biasa? Sungguh luar biasa. Ya, Tuhan Yesus.


Nah, dua mukjizat ini iaitu tukar air jadi air anggur dan memberi makan kepada lima ribu orang. Ia menunjukkan satu kebenaran yang sangat penting tentang Yesus. Iaitu, Yesus tidak terikat dengan faktor masa. Kalau Yesus mahu sesuatu itu terjadi, ia akan terjadi. Tidak perlu tunggu musim atau buat persediaan dan sebagainya. Yesus tidak terikat dengan faktor masa atau musim.


Yesus melakukan dua mukjizat lagi yang sungguh luar biasa iaitu beredakan ribut taufan dan berjalan atas air. Wow! Bayangkan ya, meredakan ribut taufan yang begitu buas melanda murid-murid Yesus yang dalam perahu sehingga mereka takut perlu diselamatkan.

Dan Yesus meredakan ribut taufan itu hanya dengan kata-kata-Nya sahaja. Sesungguhnya kata-kata Yesus sangat berkuasa sehingga Alkitab berkata ribut taufan pun mendengar kata-kata Tuhan Yesus.


Wow! Bolehkah manusia biasa lakukan hal itu? Dan Yesus berjalan atas air. Nah, cubalah anda berjalan atas air, apa yang akan terjadi? Pasti anda akan tenggelam. Ini adalah kerana ada sesuatu hukum Alam yang sedang bekerja. Iaitu Hukum Graviti yang menarik kita ke bawah, Nah, menyebabkan kita tenggelam.


Dua mukjizat ini,meredakan ribut dan berjalan atas air menunjukkan satu lagi kebenaran yang sangat penting tentang Yesus. Iaitu Yesus berkuasa atas hukum Alam. Manusia biasa mahu tidak mahu harus tunduk kepada hukum Alam.


Ya, kalau terjadi gempa bumi kita juga akan terasa dan bergoyang. Ya, kita tidak boleh mengangkat diri dan terapung-apung di udara kan? Tapi Yesus menunjukkan bahawa Ia dapat mengatasi segala hukum alam dengan berjalan atas air dan meredakan ribut taufan. Ini membuktikan Yesus bukan sekadar manusia biasa, tetapi benar-benar sangat berkuasa.


Satu lagi mukjizat yang sangat luar biasa dilakukan Yesus pada malam sebelum Yesus ditangkap. Iaitu telinga seorang hamba kepada imam besar telah terputus. Nah, saya telah tanya ramai orang kalau keadaan ini benar-benar terjadi oleh seseorang di depan mereka di depan mata mereka, Ya, telinga seseorang telah terputus, apa yang harus mereka lakukan?


Jawapan yang saya biasa terima adalah, Ya, kita harus hantar orang ini ke hospital, masuk ICU, mesti di bedah, di jahit, sambung kembali telinga yang terputus itu. Dan pembedahan ini harus dilakukan oleh seorang doktor pakar bukan doktor biasa. Doktor pakar itu ialah doktor E.N.T.

(Ear Nose Throat.) Sebab doktor yang biasa tak boleh lakukan pembedahan ini.


Secara kebetulan, saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai doktor E.N.T. Maka saya ambil kesempatan untuk bertanya dia, “Doktor, kalau telinga kita terputus, dan doktor jahit kembali berapa lama agaknya telinga itu dapat dipakai atau berfungsi semula?” Nah, kalaulah kamu, kamu agak berapa lama ya? Nah, bagi saya mungkin 3 hingga 6 bulan. Kamu mahu tahu apa jawapan dari doktor pakar itu?


Dia jawab, “Saya tak tahu.” Nah, jawapan doktor itu mengejutkan saya. Saya membalas, “Kamu adalah doktor pakar doktor E.N.T., kenapa tidak tahu?”


Dan dia berkata, “Kalau kita mahu jahit semula telinga itu kita harus jahit saluran-saluran darah dan urat-urat sarafnya yang telah terputus. Barulah telinga itu dapat berfungsi semula.”


Wow! Kawan saya berkata, tidak ada doktor yang mahu buat itu. Maka dibiarkan begitu saja.


Tapi apa yang Yesus lakukan? Yesus mengambil telinga yang terputus itu dan Dia macam tampal sahaja pada orang sakit itu. Dia pun sembuh kembali pada saat juga. Tak perlu tunggu 3 atau 6 bulan ya. Apa yang tidak dapat dilakukan oleh pakar-pakar perubatan dapat dilakukan

oleh Yesus. Haleluya!


Kenapa saya ceritakan semua mukjizat Yesus sini dengan begitu detail? Sebab bila saya mengkaji mukjizat-mukjizat Yesus saya punya respond hanya satu saja iaitu Wow!


Dari mukjizat-mukjizat yang saya telah ceritakan, Itu hanya sebahagian sahaja. Saya benar-benar dapat melihat kemuliaan Tuhan Yesus. Dan saya faham sekarang apa maksud Yohanes dalam Yohanes 2:11 Iaitu setelah Yesus melakukan mukjizat pertama-Nya menukar air kosong jadi air anggur, Yohanes berkata, Hal itu dibuat Yesus di Kana yang di Galilea, sebagai yang pertama dari tanda-tanda-Nya dan dengan itu Ia telah menyatakan kemuliaan-Nya, dan murid-murid-Nya percaya kepada-Nya.


Saya ingin mendorong kita semua saudara-saudara yang dikasihi Tuhan Yesus. Supaya dapat encounter kemuliaan Tuhan atau maksud saya ialah mengalami kemuliaan Tuhan dengan mencari Yesus dengan lebih sungguh-sungguh. Datang encounter ini pasti akan mengubah hidup kita. Seperti mana yang telah terjadi dengan Paulus. Kita tahu sebelum Paulus mengenal Tuhan secara peribadi dia adalah seorang yang sangat beragama. Seorang yang sangat mentaati hukum-hukum Allah. Tapi sayangnya Paulus tidak mengenal Tuhannya secara peribadi. Sehinggalah pada suatu hari apabila dalam perjalanan ke Damsyik dia telah berdepan, dia telah bertemu dengan kemuliaan Tuhan.


Dan encounter dengan kemuliaan Tuhan itu telah mengubah hidupnya sehingga dia telah menulis kata-kata yang luar biasa ini di Filipi 3:7,

Tetapi apa yang dahulu merupakan keuntungan bagiku, sekarang kuanggap rugi karena Kristus. Malahan segala sesuatu kuanggap rugi, karena pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhanku, lebih mulia dari pada semuanya. Oleh karena Dialah aku telah melepaskan semuanya itu dan menganggapnya sampah, supaya aku memperoleh Kristus,


Dan ayat 10 berkata ini


Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya, di mana aku menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya, supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati.


Maka Paulus seorang yang sangat beragama.Apabila telah bertemu dengan Yesus secara peribadi dan percaya sepenuhnya kepada Yesus hidupnya berubah. Dan dia tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa Yesus adalah Tuhan. Dan Paulus mendapat pengampunan dosanya dan menerima keselamatannya. Dan selepas itu, Paulus terus merindukan Tuhan Yesus dan ingin mengenal Yesus dengan lebih dalam lagi sehingga sanggup menjadi sama seperti Yesus.


Saya harap kita juga ada kerinduan yang sama seperti Paulus itu. Kerinduan yang ingin mengenal Tuhan Yesus secara peribadi dan menjadi sama seperti Yesus. Jangan hanya mahu percaya kerana ianya suatu agama yang mengajar untuk buat baik. Tetapi belajarlah untuk mengenal Yesus secara peribadi. Dan dengan itu ianya lebih dari hanya suatu agama, itu suatu perhubungan dengan Yesus. Dan itulah Kekristenan. Itu sesuatu perhubungan dengan Yesus Tuhan seluruh alam semesta.


Haleluya! Sesungguhnya Yesus adalah luar biasa. Yesus adalah hidup. Dan biarlah Yesus hidup di dalam kita.


Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita. Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati.


Komuniti Digital

bottom of page