
Efesus 4:26-27 (AVB) 26 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27 dan jangan beri tempat kepada iblis.
Efesus 4:30-32 (AVB) 30 Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31 Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32 Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.
Efesus 4:31-32 (AVB) 31Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.
Matius 6:12 (AVB) Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
Ini adalah tabiat yang terakhir dan penting saudara.
Dunia yang kita hidup sekarang adalah dunia yang tidak sempurna.
Manusia di dunia ini adalah manusia yang tidak sempurna.
Dan oleh itu, kita akan sentiasa dilukai.
Apa yang penting ialah untuk kita belajar memaafkan orang lain.
Efesus 4:26-27 26 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27 dan jangan beri tempat kepada iblis.
Ini adalah firman Tuhan yang penting saudara-saudari.
Jikalau hari ini, ada di antara kita yang masih memendam kepahitan, inilah harinya, kita mulakan tabiat memaafkan orang lain.
Kita bukan lakukan ini, sekali, tetapi kita melakukan ini berulang-ulang kali sehingga, ia menjadi tabiat kita, yang sering memaafkan orang lain.
Kita terus lihat di dalam ayat 30,
Efesus 4:30-32 30 Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31 Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32 Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.
Apakah memaafkan seseorang itu senang? Tidak sama sekali.
Dan mungkin salah satu situasi yang paling susah untuk kita memaafkan orang lain ialah apabila kita dikhianati.
Apabila kita telah memberikan kepercayaan kepada seseorang dan seseorang itu, berpaling tadah dan mengkhianati kita.
Mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran saudara yang mereka akan melakukan sesuatu yang sangat kejam.
Tetapi, Tuhan mahu kita memaafkan mereka.
Kita sebagai umat manusia, tidak akan terkecuali daripada disakiti berulang-ulang kali. Kadang-kadang kita akan dilukai secara segaja ataupun secara tidak sengaja. Cara kita meresponi kelukaan tersebut akan menentukan bagaimana kita akan terjejas.
Jikalau kita mengampuni, kita akan mendapati bahawa kita akan boleh maju kehadapan dan mendapat kebahagiaan. Tetapi, jikalau kita memilih kepahitan, kita akan memberikan kelukaan kita menjejas sepanjang hidup kita. Kita akan terperangkap.
Paulus mengatakan di dalam Alkitab, “singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.”
(Efesus 4:31-32 AVB)
Apakah antidot racun kepahitan? Pengampunan. Paulus mengatakan bahawa cara kita menyingkirkan kepahitan ialah dengan saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampuni kita semua di dalam Kristus.
Apakah pada hari ini, kita mempunyai kepahitan akan orang lain? Boyfriend kita? Girlfriend kita? Majikan kita? Ibu bapa kita? Anak kita? Jiran kita? Kawan kita? Guru kita? Mari kita membuat keputusan untuk memberikan Yesus kebenaran untuk membuangkan kepahitan kita daripada sistem kita.
Mari kita memilih untuk mengampuni seseorang tersebut, sepertimana Allah telah mengampuni kita dalam Kristus. Biar Tuhan yang membebaskan kita daripada kepahitan dan memberi ruang di dalam hati kita untuk kebaikan dan belas kasihan.
Yesus mengajar kita berdoa dan Dia mengajar kita “Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.”
(Matius 6:12 AVB)
Inilah saranan Tuhan kepada kita. Mungkin saudara-saudari telah dilukai dengan begitu dalam sekali. Mungkin saudara-saudari memikirkan bahawa adalah mustahil untuk mengampuni seseorang tersebut. Sebab itu, kita memerlukan Yesus Kristus. Hanya dengan kuasa kasih Tuhanlah yang dapat membebaskan kita daripada kepahitan.
“Kepahitan membelenggu kehidupan: kasih melepaskannya … Kepahitan melumpuhkan kehidupan: kasih memperkasakannya …”
Elder Ann WK
Comments