Memancarkan Kristus Melalui Kasih
- Komuniti Digital 05

- 19 hours ago
- 1 min read

Teks: Yohanes 13:35
“Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.”
Renungan
Kasih merupakan bahasa Kristus yang paling jelas dan paling berkuasa. Dunia mungkin tidak sentiasa membaca Alkitab, namun dunia sentiasa memerhati kehidupan orang percaya. Melalui kehidupan kitalah Kristus dapat dikenal. Apabila kita mengasihi dengan tulus hati — melalui pengampunan, pelayanan, dan sikap mengambil berat terhadap sesama — maka Kristus dipancarkan melalui kehidupan kita.
Memancarkan Kristus tidak hanya dilakukan melalui kata-kata, tetapi lebih-lebih lagi melalui tindakan kasih yang nyata. Kasih Kristus yang tinggal di dalam hati kita akan terpancar ke luar, menerangi persekitaran kita, serta menarik orang lain untuk datang kepada-Nya.
Kasih merupakan tanda utama seorang murid Kristus. Melalui kasih yang tulus dan ikhlas, dunia akan mengetahui dan melihat Yesus hidup di dalam diri kita. Inilah yang ditegaskan oleh Yesus sendiri dalam Yohanes 13:35.
Doa
Ya Tuhan yang setia dan penuh kasih, gunakanlah kehidupan kami untuk memancarkan Yesus Kristus dalam dunia yang gelap ini melalui kasih yang kami tunjukkan. Semoga melalui kasih tersebut, semakin ramai orang mengenal Engkau sebagai Tuhan dan Juruselamat. Pimpinlah setiap langkah kehidupan kami agar hidup kami sentiasa memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.
Rev. Ali Langgit




Comments