Memancarkan Kristus Melalui Kehidupan Kita
- Komuniti Digital 05

- 2 hours ago
- 1 min read

Teks: Matius 5:16
Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga.”
Renungan
Sebagai orang percaya, kehidupan kita bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya untuk memancarkan Kristus melalui setiap aspek kehidupan. Dunia yang diliputi kegelapan memerlukan terang, dan Tuhan telah memilih kita untuk menjadi saluran terang-Nya kepada dunia.
Kristus Terpancar Melalui Perubahan Kehidupan.
Apabila Kristus tinggal di dalam hati kita, kehidupan kita akan diubah. Perubahan dalam sikap, perkataan, dan perbuatan menjadi kesaksian yang nyata, sama ada kepada mereka yang telah percaya mahupun kepada mereka yang belum mengenal Kristus.
Firman Tuhan menyatakan:
“Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru.”
(2 Korintus 5:17)
Seseorang yang hidup di dalam Kristus pasti akan memancarkan kemuliaan Tuhan kepada setiap orang yang berinteraksi dengannya, kerana dia telah dijadikan ciptaan yang baharu. Oleh itu, marilah kita memancarkan Kristus melalui perubahan kehidupan kita, di mana sahaja kita berada.
Tuhan kita ialah Tuhan Immanuel, iaitu Allah yang menyertai kita dalam setiap keadaan dan di mana pun kita berada.
Doa
Ya Tuhan yang setia dan penuh kasih, gunakanlah kehidupan kami untuk memancarkan Yesus Kristus dalam dunia yang gelap ini melalui perubahan hidup kami. Semoga melalui kesaksian hidup kami, semakin ramai orang mengenal Engkau sebagai Tuhan dan Juruselamat. Pimpinlah setiap langkah kami agar kehidupan kami sentiasa memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.
Rev. Ali Langgit




Comments