Shalom saudara.
Terima kasih kerana mengambil masa untuk mendengar Siri Apologetik yang akan disampaikan dalam beberapa bahagian ini.
Topik pertama dalam Siri Apologetik ini adalah "Mempertahankan
Ketuhanan Yesus" Kenapa keilahian Kristus penting? Jika Yesus bukan Tuhan, Ia sekadar seorang manusia biasa.
Maka sebagai manusia biasa, Yesus akan mempunyai dosa. Dan kalau Yesus berdosa, mustahil lah, Yesus dapat menjadi penyelamat yang sempurna dan mengenapi pekerjaan penebusan-Nya.
Jikalau Yesus adalah Tuhan, maka ia memiliki:
sifat yang ilahi
sifat yang mulia
Dan sempurna
Dengan itu, Yesus dapat menjadi korban yang sempurna
untuk membayar dosa manusia.
Jikalau Yesus bukan Tuhan, mustahil lah Yesus dapat menanggung dosa manusia. Apa lagi menanggung kemurkaan penghukuman Allah.
Dan jikalau Yesus tidak dapat melaksanakan kerja penebusan-Nya, maka manusia tidak akan ada keselamatan - tidak akan ada harapan. Manusia akan binasa untuk selama-lamanya.
Tetapi, kerana Yesus adalah Tuhan, Yesus dapat menjadi penyelamat yang sempurna dan melalui pengorbanan-Nya, yang hanya satu kali sahaja.
Alkitab berkata dalam Ibrani 10:14 (TB) Sebab oleh satu korban saja Ia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya mereka yang Ia kuduskan.
Maka kalau anda di soal, macam mana kamu tahu bahawa Yesus itu adalah Tuhan? Bolehkah anda menjelaskan ketuhanan Yesus dalam Alkitab? Yesus tidak berkata "Akulah Tuhan, maka kamu mesti sembah aku".
Ya memang betul, Yesus tidak berkata, "Akulah Tuhan. Sembahlah Aku."
Tapi ketuhanan Yesus, sangat jelas dapat kita lihat dalam Alkitab, kalau kita membuka hati untuk mengenal Yesus secara peribadi.
Ada lima cara untuk membuktikan ketuhanan Yesus, Tanpa Yesus mengatakan "Akulah Tuhan":
1) Kebangkitan Yesus dari mati
2) Penggenapan nubuatan Tentang Yesus
3) Mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus
4) Hidupnya yang tidak berdosa
5) Yesus memiliki sifat-sifat yang ilahi
Kita lihat yang pertama, iaitu penggenapan nubuatan tentang Yesus.
Nah, pertimbangkan, sebahagian dari nubuatan-nubuatan berikut tentang
Yesus. Beberapa contoh:
Iaitu yang pertama telah dinubuatkan bahawa:
Yesus akan dilahirkan oleh seorang anak dara dan nubuatan ini benar-benar terjadi dan
Yesus itu akan dilahirkan dari suku Yehuda,
dari keturunan Daud
dan dilahirkan di Betlehem.
Akan diurapi oleh Roh Kudus
Yesus akan melakukan mukjizat-mukjizat
Ada juga nubuatan, tentang penyalibannya:
Yesus akan dijual dengan harga 30 keping wang perak
Dan duit itu akan digunakan untuk membeli Tanah tukang periuk belanga
Dan Yesus itu juga akan diejek-ejek dan disalibkan
Dan dia mengharungi kesengsaraan
Dengan sabar, Dia akan dipukul dan diludahi
Dan terdapat sekurang-kurangnya
300 nubuatan tentang Yesus
Dan ini menunjukkan bahawa Yesus, bukanlah manusia yang biasa kerana terdapat begitu banyak sekali nubuatan tentang Yesus dan kebanyakan nubuatan-nubuatan ini di catat untuk kita dalam Perjanjian Lama.
Bukan oleh seorang penulis atau seorang nabi tetapi beberapa nabi dan beberapa penulis dan kalau anda perhatikan nubuatan-nubuatan tersebut,
kebanyakannya sangat detail sekali.
Itu sangat spesifik, iaitu bukan nubuatan yang umum ataupun yang general
Contohnya:
Tempat kelahiran. Yesus dinubuatkan dengan begitu spesifik sekali Iaitu di Bethlehem
Cara kematiannya, sampai dinubuatkan bahawa askar-askar akan membagi-bagikan pakaiannya
Tulang Yesus tidak akan dipatahkan
Yesus akan dijual dengan wang perak 30 keping tepat-tepat 30 keping. Tak kurang satu tak lebih satu
Dan duit itu, akan digunakan untuk membeli tanah tukang periuk belanga
Yang luar biasanya, kebanyakan dari nubuatan-nubuatan ini telah digenapi dalam Perjanjian Baru.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa semua nubuatan nubuatan dalam Perjanjian Lama telah dicatat beberapa abad yang lalu. Iaitu sekurang-kurangnya 400 tahun sebelum kelahiran Yesus.
Secara lahirnya, ia adalah sesuatu yang mustahil. Untuk membuat ramalan-ramalan yang akan digenapi beratus-ratus tahun kemudian.
Maka, penggenapan nubuatan ini, juga membuktikan satu kebenaran yang sangat penting iaitu Alkitab kita adalah benar. Amen?
Dan apa yang ditulis di dalamnya adalah benar dan boleh dipercayai.
Sebab sekiranya ada satu nubuatan yang tidak terjadi, maka kita harus ragui kesahihan Alkitab.
Tapi kita tahu bahawa kebanyakan nubuatan terutamanya tentang Yesus
telah terjadi. Saya katakan kebanyakkan kerana ada satu nubuatan tentang Yesus yang belum terjadi iaitu kedatangannya yang kali kedua.
Tapi kita percaya dan yakin nubuatan ini akan terjadi kerana semua nubuatan sebelumnya tentang Yesus juga telah terjadi. Dan apabila Yesus datang kembali semuanya akan berakhir. Penghakiman dunia akan bermula.
Sebagai orang-orang yang telah beriman kepada Yesus, kita tidak perlu takut dengan kedatangan Yesus. Malah kita sekarang menanti-nantikan kedatangan Yesus dengan penuh harapan kerana apabila Yesus datang kembali Yesus akan menubuhkan kerajaan baru dan kita yang setia sampai akhir akan dimuliakan dan memerintah bersama-sama dengan Yesus.
Yesus akan menghakimi seluruh dunia. Kita tidak akan dihakimi.
Melainkan beroleh hidup yang kekal bersama Yesus.
Ya, seperti mana kata Yesus dalam Yohanes 5:24
Yohanes 5:24 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup.
Nah, dengar sekali lagi, Ia akan mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup
Nah, kepada anda yang belum percaya kepada Yesus, saya mendorong anda berdasarkan kebenaran-kebenaran yang telah kita dengar tentang Yesus, terimalah Yesus sebagai Penyelamat dari Tuhan.
Dan anda akan menerima pengampunan dosa sekarang dan diselamatkan
Kita tidak perlu tunggu sampai akhirat untuk mengetahui samada anda sudah selamat atau tidak.
Sekarang. Hari ini anda boleh tahu bahawa anda dapat diselamatkan kerana keselamatan itu sudah sedia ada sekarang.
Keselamatan itu adalah anugerah Tuhan yang boleh kita terima dengan percaya dan beriman. Seperti mana janji Allah mengatakan dalam 1 Yohanes 5:11-12
1 Yohanes 5:11-12 11Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. 12 Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup.
Nah, bukalah hati anda untuk terus mengenal Tuhan Yesus secara peribadi.
Dengan ini tamatlah bahagian pertama Siri Apologetik mempertahankan atau menjelaskan Ketuhanan Yesus
Sekian Terima Kasih dan Tuhan memberkati.
Komuniti Digital
Commentaires