Menjadikan Kristus Sebagai Pusat Kehidupan Pada Tahun Baru
- Komuniti Digital 05

- 18 hours ago
- 1 min read

Teks: Matius 6:33
“Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.”
Tahun baharu lazimnya dimulakan dengan pelbagai perancangan dan cita-cita baharu, sama ada dalam aspek kewangan, kerjaya, kehidupan keluarga, mahupun pelayanan. Semua perancangan ini tidaklah salah. Namun demikian, Yesus mengingatkan kita tentang satu keutamaan yang paling utama dalam kehidupan, iaitu mencari terlebih dahulu Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya.
Ini bermaksud Kristus harus menjadi pusat kehidupan kita, bukan sekadar pelengkap atau tambahan di tepi kehidupan.
Menjadikan Kristus sebagai pusat kehidupan bermaksud meletakkan kehendak Tuhan melebihi kehendak diri sendiri. Dalam setiap keputusan yang diambil, kita harus bertanya: Adakah perkara ini memuliakan Tuhan? Adakah perkara ini selaras dengan firman-Nya?
Apabila Kristus benar-benar menjadi pusat kehidupan, nilai dan cara hidup kita akan berubah. Kita tidak lagi dikuasai oleh kebimbangan duniawi, kerana kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penjagaan Tuhan.
Doa
Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau telah menyertai serta memberkati setiap usaha dan pekerjaan, perniagaan, persekolahan anak-anak kami, pelayanan, serta segala kegiatan kami sepanjang tahun 2025.
Dengan iman kepada Yesus Kristus, kami melangkah ke hadapan dengan keyakinan bahawa Engkau akan terus memelihara kehidupan kami, mulai hari ini hingga selama-lamanya. Amin.
Rev. Ali Langgit




Comments