top of page

Menolong Orang Dengan Jujur



Amsal 3:27-28 "Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. Jangan katakan kepada sesamamu, Pergilah dan kembalilah lagi, esok akan kuberi, padahal apa yang diminta itu ada padamu."


Suatu hari ada kawan datang untuk meminjam sesuatu, katakanlah parang. Kamu

mempunyai parang dan parang tersebut ada di belakang rumah. Jika kamu katatakan kepada kawan kamu itu: "Datang lah besok. Saya akan pinjamkan kamu besok.” Menurut amsal diatas, ini tidak baik. Mengapa?


  1. Ini tidak baik kerana kamu tidak telus. Kamu seolah-oleh menipu kawan kamu. Barang itu ada tetapi kamu suruh dia datang esok.

  2. Kamu menyusahkan kawan kamu tanpa sebab yang baik. Dia sudah guna masa untuk datang ke rumah kamu. Dan dengan arahan kamu, dia akan buang masa untuk datang semula esok. Menyusahkan orang seperti ini bukanlah perbuatan yang mengasihi. Kalau kamu Kristian kamu sudah melanggar ajaran Yesus Kristus.

  3. Kawan kamu datang kerana dia memerlukan barang tersebut. Seandainya kamu tidak meminjamkan kepada dia, kamu sudah menambahkan kesusahan dan penderitaan nya. Kalau kamu betul mahu menolong, tolonglah dengan sedaya upaya kamu. Jangan memanjangkan kesusahan orang. Perbuatan seumpama ini bukanlah perbuatan yang mengasihi.

  4. Perbuatan ini menunjukkan bahawa hati kamu tidak jujur. Dan kalau diketahui ramai, reputasi kamu akan jatuh dan jika kamu Kristian, nama Yesus sudah dipudarkan.

Oleh itu, hai saudara-saudara mari kita menjadi orang tulus. Ini akan memuliakan nama Yesus Kristus.


Doa: O Tuhan ampunilah kami kerana kami ada kala tidak jujur. Kadang-kadang kami kedekut dan tidak mahu memberi, walhal semua harta dan kekayaan kami ialah amanah dari Allah untuk kami gunakan bagi kemuliaan Tuhan. O Tuhan ajar kami mengasihi sesama manusia. Dalam nama Yesus kami berdoa.


Amen!

Pak Tang

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page