top of page

Meracuni Diri




'Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;' (Lukas 11:1-13, ay.4).


Renungan:


Untuk satu hari lagi kita berlama-lama di Yabok (lihat "Siapakah Namamu?"), memastikan masa lalu kita ditangani dengan tegas supaya kita dapat menghadapi cabaran baru. Di samping kita melupakan kegagalan dan dosa yang telah diampuni, kita mesti membuang dari fikiran kita dosa-dosa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Dalam Doa Bapa Kami, kita mendapati kata-kata ini: ''Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;' Allah telah mengampuni kita; sekarang kita mesti menawarkan pengampunan yang sama kepada orang lain.


Adakah orang telah berdosa terhadap anda? Adakah seseorang memfitnah anda? Selidiki hati anda sekarang. Adakah anda menyimpan dendam? Walau bagaimanapun anda memliliki hati yang berdendam, setiap kali anda menyimpan kebencian terhadap orang lain, ia adalah seperti racun yang anda berikan kepada diri anda sendiri. Saya sedar bahawa beberapa perkara sukar untuk dimaafkan, dan anda mungkin berasa tidak dapat melakukan ini sendirian. Anda perlukan pertolongan Tuhan. Dan pertolonganNya tersedia. Tuntut pertolongan itu sekarang. Katakanlah seperti ini: 'Tuhan, saya sedang berjuang untuk mengampuni orang yang telah berbuat salah kepada saya, tetapi, sebagaimana Engkau telah mengampuni saya, bantulah saya untuk mengampuni. Lepaskan saya dari setiap jejak ingatan yang terluka, yang merosakkan untuk diingati. Dengan rahmatMu, bantulah saya untuk melupakan.



Anda sedang menghadapi masa depan baru dan perlu mengumpulkan semua keberanian untuk hari-hari mendatang. Maju ke hadapan dengan langkah ringan sebagai seseorang yang telah diampuni. Rasul Paulus mempunyai masa lalu: darah martir Kristian pertama, Stefanus, berada di tangannya. Tetapi dia pergi kepada Tuhan untuk pengampunan dan menghadapi masa depan dengan kata-kata yang kita lihat pada hari yang lalu: 'Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat..' (Fil.3:13- 14). Begitu juga anda.


Ayat-ayat rujukan:


Ef.4:26-32;

Ibr. 12:14-15


Doa:


Ya Allah, jika rasa dendam telah meruncingkan semangat saya, bantulah saya sekarang untuk memaafkan. Dengan kekuatan saya sendiri, saya tidak boleh melakukannya. Tetapi saya mau dibuat rela. Ambillah kerelaan saya dan tambahkan kuasaMu. Dalam nama Yesus saya memohon semuanya. Amin.


Rev. Gerawat Maran

bottom of page