top of page

Merenungkan Firman Tuhan



Mazmur 63:6-8 (AVB) 6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.


Yosua 1:8 (AVB) Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya.


Bukan sahaja membaca, saudara-saudari, tetapi kita “meditate on the word of God”, Kita renungkan firman Tuhan.


Mazmur 63:6-8 6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.


Nah .. apakah maksudnya merenungkan firman Tuhan?

  1. Maksudnya, kita membaca

  2. Maksudnya, kita memikirkan tentang apa yang kita baca.

  3. Maksudnya, kita memberikan fokus kita kepada Tuhan.

  4. Maksudnya, kita menyelaraskan hati kita dengan firman Tuhan.

  5. Maksudnya, kita menyerahkan apa yang Tuhan nyatakan di dalam fikiran kita dan kita setia melakukannya.


Merenungkan firman Tuhan adalah satu tabiat yang sangat penting di dalam kita menjalani hidup yang suci dan saleh.


Apakah kita mempunyai masa peribadi bersama dengan Tuhan?


Yosua 1:8 Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya.

  1. Kita boleh membaca Firman Tuhan.

  2. Kita boleh study atau belajar Firman Tuhan

  3. Kita boleh memorize atau menghafal Firman Tuhan.

  4. Semuanya itu, adalah baik dan harus kita lakukan.

  5. Tetapi, Musa berkata kepada Yosua,

  6. jikalaku kita mahu perjalanan kita beruntung

  7. dan jikalau kita mahu berjaya,

  8. kita harus merenungkan firman Tuhan.

  9. Dan berhati-hati melakukan apa yang dituliskan.

  10. Jadi yang penting ialah kita renung dan lakukan firman Tuhan.

  11. Amen saudara-saudari?


Apabila kita merenungkan firman Tuhan, Tuhan akan memberikan kita

  1. Insights

  2. Atau pencerahan

  3. Atau satu pandangan yang baru


Izinkan saya kongsikan 2 tip yang simple yang boleh kita lakukan apabila kita merenungkan firman Tuhan.

  1. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan, melafazkan perkataan di dalam ayat firman Tuhan dengan suara yang lantang.

  2. Dan Setiap kali kita baca, kita boleh bernuansa dengan memberikan penekanan kepada setiap perkataan.

  3. Contohnya, di dalam Filipi 4:13, berbunyi Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Kita boleh baca seperti berikut

  4. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  5. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  6. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  7. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  8. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  9. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.

  10. Setiap penekanan nuansa perkataan, akan memberikan kita pencerahan yang baru tentang firman Tuhan, kan saudara-saudari?


Satu lagi tip untuk merenungkan firman Tuhan ialah dengan menggunakan kaedah “reflection bridge”. Maksudnya, merefleksi apa yang kita baca .. seperti melihat “reflection” jambatan air.

  1. Di bawah setiap cerita di dalam alkitab, ada prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari.

  2. Di dalam reflection bridge ini, kita boleh gunakan kaedah S.O.A.R

  3. Scripture

  4. Observation

  5. Application

  6. Response.

  7. Pertamanya, ialah kita baca cerita firman Tuhan dan memahami cerita tersebut.

  8. Keduanya, kita memerhatikan apa yang tertulis?

  9. Apakah yang dibicarakan tentang karakter Tuhan?

  10. Apakah yang dibicarakan tentang manusia?

  11. Apakah prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari?

  12. Ketiganya, kita aplikasikannya ke dalam kehidupan kita.

  13. Apakah respon kita - doa dan lakukan.


Jadi 2 tip yang mudah ini, boleh membantu kita merenungkan firman Tuhan. Oleh itu, marilah kita semaikan tabiat merenungkan firman Tuhan, amen?


Elder Ann WK

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page