Mohon Tuhan Memberkati Keturunan Kita, Supaya Mereka Tetap Merasakan Kasih-Nya Selama-Lamanya.
- Komuniti Digital 05
- May 1
- 1 min read

2 Samuel 7:27-29 (AVB)
27Kerana Engkau, ya TUHAN alam semesta, Allah Israel, telah menyingkapkan kepada hamba-Mu ini demikian, ‘Aku akan membangunkan suatu keturunan bagimu.’ Itulah sebabnya hamba-Mu memberanikan diri untuk menaikkan doa ini di hadapan-Mu.28Sekarang, ya Tuhan ALLAH, Engkaulah Tuhan dan firman-Mu adalah benar. Engkau telah menjanjikan hal yang baik ini kepada hamba-Mu.29Sekarang, semoga Engkau berkenan memberkati keluarga hamba-Mu ini, supaya tetap ada di hadapan-Mu untuk selama-lamanya, kerana Engkau juga yang telah berfirman, ya Tuhan ALLAH. Biarlah keluarga hamba-Mu ini diberkati dengan berkat-Mu untuk selama-lamanya.”
Pengajaran/Refleksi
1. Firman Tuhan hari ini adalah mengenai doa Raja Daud untuk keturunannya. Raja Daud mohon daripada TUHAN, supaya keturunannya menjadi raja bangsa Israel selamanya, seperti yang dijanjikan oleh Allah itu sendiri. Allah telah memberitahu Raja Daud bahawa anak cucunya turun menurun akan menjadi raja bangsa mereka.
2. Raja Daud juga yakin TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, dan memberkati keturunannya supaya mereka tetap merasakan kasih dan berkat TUHAN selama-lamanya, seperti telah TUHAN janjikan kepadanya.
TUHAN YESUS, Engkaulah TUHAN RAJA kami. Kami berdoa supaya Engkau memberkati keturunan kami, agar mereka juga merasakan kasih dan berkat-Mu dalam hidup mereka. Terima kasih TUHAN, untuk janji-Mu kepada Raja Daud dan kami mohon Engkau mencurahkan berkat-Mu kepada kami yang percaya kepada-Mu.
Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita umat-Nya, sama seperti TUHAN memberkati keluarga Raja Daud.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments