top of page

Nama yang Illahi





Shalom saudara,


Dalam bahagian ini, kita akan lihat nama Yesus.


Nama Yesus, adalah unik, dan dari nama-Nya, kita dapat membuktikan ketuhanan Yesus.


Nah, pertama-tama kita lihat, gelaran ini, iaitu Mesias.


Untuk itu, kita perlu merujuk kepada Perjanjian Lama.


Nah, Perjanjian Lama mengajar bahawa Mesias adalah Tuhan. Mesias itu adalah Yang Diurapi. Itulah maksud Mesias, Yang Diurapi.


Bangsa Israel, menanti-nantikan kedatangan Mesias Yang akan menyelamatkan mereka. Kedatangan Mesias telah dinubuatkan banyak kali dalam Perjanjian Lama. Dan mereka tahu bahawa Mesias yang akan datang ini, bukanlah manusia biasa. Malah banyak nubuatan-nubuantan tentang Mesias, menunjukkan bahawa, Mesias memiliki sifat-sifat yang ilahi.


Dan kita tahu bahawa, Mesias itu adalah Yesus Kristus, yang telah datang menjadi Penyelamat dunia. Sepertimana Yohanes bersaksi dalam suratnya 1 Yohanes 4:14 “Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahawa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. Barangsiapa mengaku bahawa Yesus adalah anak Allah. Allah tetap berada di dalam dia, dan dia di dalam Allah.” Demikianlah firman Tuhan itu.


Nah, Dalam budaya orang Yahudi, nama seseorang itu, membawa maksud. Apabila sebuah keluarga melahirkan seorang anak, mereka akan memberi maksud kepada nama anak yang baru lahir itu.


Mereka tidak akan memberi nama mengikut glamor, selebriti, atau mengikut orang-orang ternama. Sebaliknya, mereka memberi nama yang membawa maksud yang bermakna kepada anak itu. Inilah budaya orang Yahudi.


Maka, nama Yesus Kristus, ada maksudnya. Mari kita lihat sekarang maksud nama Yesus Kristus.


Yang pertamanya adalah Yesus.


Nama Yesus bermaksud, Penyelamat. Dalam Matius 1:21, Malaikat Gabriel memberitahu Yusuf untuk menamakan anaknya Yesus. Kerana Dialah, iaitu Yesus yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka.


Yang menakjubkan di sini adalah, Dalam Perjanjian Lama, Tuhan telah mengatakan beberapa kali bahawa hanya Tuhan Allah, satu-satunya Juru-selamat. Tidak ada yang lain. Ini dinyatakan dalam Yesaya 43:11 “Aku, Akulah Tuhan dan tidak ada Juru-selamat selain daripada Aku.”


Demikianlah firman Tuhan itu. Tuhan Allah, menegaskan, Dialah satu-satu-Nya, Juru selamat. Tidak ada yang lain.


Tetapi di dalam Perjanjian Baru, Yesus adalah, Juru-selamat dunia. Dan ini menunjukkan, kesetaraan Yesus dengan Allah, iaitu sebagai Penyelamat dan sekali lagi menunjukkan keilahian Yesus.


Begitu juga dalam, Injil Yohanes 3:17 “Sebab Allah mengutus anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.”


Nah, ayat ini jelas mengatakan bahawa Yesus datang untuk menjadi Penyelamat dunia. Maka, sekiranya Perjanjian Lama mengatakan bahawa Tuhan adalah satu-satunya Penyelamat dan tidak ada yang lain, dan Yesus adalah Penyelamat dalam Perjanjian Baru. Maka siapakah Yesus?


Seterusnya Nama Kristus.


Nah, Kristus adalah nama, dalam bahasa Yunani iaitu "Christos" (Χριστός), yang sama dengan maksud Mesias. Mesias itu adalah gelaran dalam bahasa Ibrani dan telah dikatakan tadi, Maksud Mesias itu adalah, Yang Diurapi.


Yesus adalah anak Allah, iaitu Mesias, yang akan datang ke dalam dunia, dalam peribadi manusia. Nah, perhatikan ayat-ayat berikut yang menunjukkan keilahian Mesias dalam Perjanjian Lama. Dalam Yesaya 9:5 dikatakan ini “Sebab seorang anak telah lahir untuk kita. Seorang Putera telah diberikan untuk kita. Lambang pemerintahan ada di atas bahu-Nya, dan nama-Nya disebutkan orang Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, dan Raja Damai.” Ayat ini adalah satu ayat yang terkenal kerana sering dibaca semasa musim Krismas, dan kita tahu bahawa Anak yang telah lahir untuk kita itu, merujuk kepada Yesus, dan Yesus lah yang disebut Mesias yang akan datang.


Perhatikan dengan teliti dalam ayat ini, ya, “Anak itu, iaitu Mesias yang akan datang diberi nama Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal dan Raja Damai.”Nah, semua gelaran-gelaran ini adalah gelaran-gelaran yang ilahi untuk Allah Bapa. Tetapi telah diberikan kepada Tuhan Yesus.


Nah, itulah sebabnya bila Yesus datang ke dunia, Ia tidak perlu memperkenalkan diri sebagai Tuhan atau berkata “Akulah Tuhan! Maka sembahlah Aku!” Sebab nama-Nya, membawa maksud Tuhan. Maka, apabila kita memanggil nama Yesus Kristus, dalam apa jua bahasa, kita secara langsungnya telah memanggil Yesus Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. Amen! Haleluya!

Dan orang-orang Yahudi tahu tentang itu. Nah, ingat dalam budaya orang-orang Yahudi, nama membawa maksud. Itulah sebabnya Apabila Yesus memperkenalkan diri-Nya, bahawa dialah Kristus. Ramainya orang yang beragama mahu membunuh Yesus kerana mereka faham maksud nama itu. Dan mereka, menuduh Yesus, menghujat nama Allah, dan menyamakan Dia dengan Allah. Hanya dengan Yesus memperkenalkan diri dengan Nama Yesus Kristus itu.


Nah, satu lagi petikan dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan keilahian Mesias adalah, Daniel 7:13-14 berkata begini “Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit Seorang seperti Anak Manusia. Datanglah Ia kepada yang lanjut usianya itu dan ia dibawa ke hadapan-Nya. Lalu diberikan kepada-Nya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai Raja. Maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya, ialah kerajaan yang tidak akan musnah.” Amen!


Nah, Inilah satu-satu petikan, yang menyebut tentang gelaran Anak Manusia yang diberikan kepada Mesias. Nah, petikan ini, sangat penting kerana, ia memberitahu kita tentang ciri-ciri Anak Manusia yang akan datang.


Nah, disebut dalam ayat 14 bahawa Anak Manusia ini diberi segala kekuasaan dan kemuliaan sebagai Raja. Malah, seluruh suku bangsa dan bahasa akan mengabdi kepada-Nya. Itu dalam maksud memberi hormat dan sembah kepada-Nya, dan kekuasaan dan kerajaan-Nya akan kekal untuk selama-lamanya.


Nah, kenyataan yang sama, dicatat dalam Wahyu 11:15 “Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam syurga katanya pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya iaitu Mesias, dan Ia akan memerintah sebagai Raja sampai selama-lamanya.”


Begitu juga dalam Wahyu 5:13 mengatakan bahawa “Semua makhluk, sama ada di syurga, atau di bumi akan memberi penyembahan dan pujian kepada Kristus dengan berkata, bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya.”


Maka sangat-lah jelas, bahawa Anak Manusia, iaitu Mesias yang akan datang ini adalah ilahi. Iaitu memiliki ciri-ciri ketuhanan yang layak disembah dan dipuji.


Adakah Yesus mengaku diri-Nya Mesias? Sudah tentu “Ya”! Dan kalau “Ya” iaitu Yesus mengaku bahawa Dialah Mesias. Maka, Yesus mengaku bahawa Dialah yang disebut Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. Dialah Anak Manusia yang akan bertakhta, yang akan di mana segala suku bangsa akan mengabdi kepada-Nya. Dan kita tahu bahawa Anak Manusia adalah gelaran yang selalunya dipakai dan digemari oleh Yesus.


Nah, perhatikan petikan dalam Markus 14:61-64 ,ya, “Imam besar itu bertanya kepada-Nya sekali lagi, katanya, Apakah Engkau Mesias? Anak dari yang terpuji.” Nah, jawab Yesus “Akulah Dia dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk disebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit.”


Kalau kita perhatikan kata-kata Yesus dalam petikan ini, dengan teliti, kita akan dapat perhatikan bahawa Yesus memetik dari Daniel 7:13-14 yang saya telah sebut tadi. Dengan itu, Yesus memberi pengesahan bahawa Dialah Penggenapan kepada nubuatan Daniel dalam 7:13-14 itu. Yang mengatakan bahawa Yesus lah diberi segala kekuasaan dan kemuliaan dan seluruh suku bangsa dan bahasa akan mengabdi kepada-Nya.


Wow! Haleluya!


Nah, bukan saja Yesus mengaku dirinya Mesias, tetapi, Yesus juga diakui sebagai Mesias oleh murid-murid-Nya. Perhatikan pengakuan Petrus dalam Lukas 9:20 “Yesus bertanya kepada mereka, menurut kamu siapakah Aku ini?” Jawab Petrus “Mesias dari Allah.


Nah, perhatikan pengaku Martha dalam Yohanes 11:27 “Ya Tuhan! Aku percaya bahawa Engkaulah Mesias Anak Allah! Dia yang akan datang ke dalam dunia.” Haleluya!


Dengan hanya kita lihat nama Yesus sahaja, kita telah dapat melihat ketuhanan Yesus. Kalau saudara masih ingat dalam Filipi 2:10 berkata “Dalam nama Yesus, bertekuk lutut segala yang ada di langit dan ada di atas bumi, dan ada di bawah bumi, dan segala lidah mengaku Yesus Kristus adalah Tuhan bagi kemuliaan Allah Bapa.” Sesungguhnya, Yesus adalah luar biasa dan kerana itu teruslah memuliakan Tuhan Yesus dengan memberikan penyembahan dan pujian yang terbaik kerana Yesus telah memberikan yang terbaik kepada kita.


Amen!


Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati.


Komuniti Digital

Comentários


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page