
1 Samuel 14:44-45 (AVB)
Kata Saul, “Engkau memang harus mati, Yonatan. Jika tidak, Allah akan menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi.”
Akan tetapi, rakyat berkata kepada Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati, padahal dia telah melakukan penyelamatan yang besar dalam kalangan orang Israel? Jangan sekali-kali hal itu terjadi! Demi TUHAN yang hidup, sehelai rambut kepalanya pun tidak akan jatuh ke tanah, kerana pada hari ini dia telah bertindak bersama-sama Allah.” Demikianlah rakyat melepaskan Yonatan sehingga dia tidak dihukum mati.
1. Setelah umat TUHAN bertempur berperang melawan musuh mereka, mereka sangat kelaparan, tetapi pada masa itu juga Raja Saul bertitah kepada semua mereka, "Terkutuklah orang yang makan apa pun pada hari ini, sebelum beta membalas dendam terhadap musuh." Oleh itu tiada sesiapa pun yang makan sepanjang hari itu.
2. Kemudian mereka semua sampai di suatu hutan dan menjumpai banyak sekali madu, tetapi Yonatan tidak tahu bahawa ayahandanya sudah mengancam rakyat dengan kutuk itu; maka dia menghulurkan tongkat yang dibawanya, dan mencucukkannya ke dalam sarang madu, serta mengambil madu itu lalu memakannya. Segera dia berasa segar dan bertambah kuat.
3. Maka dengan itu raja bertitah untuk membunuh anaknya Yonatan, tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, "Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa seutas rambut Yonatan pun tidak akan diusik!! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan.
BERDOA UNTUK SEMUA ORANG YANG MELAKUKAN KEBENARAN, KIRANYA TUHAN MEMBERI KEMENANGAN BAGI MEREKA, DI MANA SAJA MEREKA BERADA SAAT INI.
Doa
Tuhan kami mohon Engkau melindungi dan memihak kepada setiap orang yang benar yang melakukan pekerjaan-Mu. Berikan kemenangan kepada mereka ya Bapa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments