top of page

Perjalanan Hidup yang Dipimpin Tuhan


Teks

Rut 4:5-6, 11 (BM)

Boas berkata lagi, "Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal."

Orang itu menjawab, "Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu."

Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, "Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem."


Pengajaran/Refleksi

Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita:

  1. Walaupun Mahlon telah meninggal, tanah kepunyaannya tetap menjadi miliknya dan isterinya Ruth. Sesiapa yang membeli tanah Naomi, ibu kepada Mahlon, orang tersebut harus menjadikan Rut, isteri Mahlon, sebagai isteri orang itu.


Firman Tuhan hari ini mengajar kita tentang kesetiaan Tuhan yang memimpin umat-Nya dalam segala urusan. Tuhan memberi pengertian kepada Boas untuk melaksanakan kehendak-Nya dengan membantu Naomi dan Ruth.


Kita juga percaya bahawa Tuhan akan menyertai kehidupan kita dalam segala perkara.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page