top of page

Persepuluhan




Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-2, iaitu Prinsip Persepuluhan.

Ini adalah prinsip yang menyatakan bahawa kita memberikan keutamaan (atau prioriti) kepada Allah terlebih dahulu.


Jikalau kita mahu Tuhan memberkati perkara-perkara di dalam hidup kita, kita meletakkan Tuhan di tempat yang pertama, di dalam perkara-perkara tersebut.


Jikalau kita mahu Tuhan memberkati perkahwinan kita, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam perhubungan kita di antara suami isteri.


Jikalau kita mahu Tuhan memberkati business kita, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam perniagaan atau syarikat kita.


Jikalau kita mahu Tuhan memberkati kita di dalam perhubungan kita dengan orang lain, kita letakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam relationship kita dengan Tuhan


Sama juga dengan Pekerjaan kita, Sama juga dengan Pelajaran kita

Masa kita, Kewangan kita


Jikalau kita mahu bahagian-bahagian tersebut diberkati, Kita letakkan Tuhan prioriti di dalam semua tersebut.


Di dalam bahagian kewangan pula, keutamaan yang kita berikan ialah prinsip persepuluhan. Apakah persepuluhan?

Jika pendapatan kita 10 ringgit, kita berikan 1 ringgit kepada Tuhan.

Jika pendapatan kita 100 ringgit, kita berikan 10 ringgit kepada Tuhan.

Jika pendapatan kita 1000 ringgit, kita berikan 100

Jika pendapatan kita 1 juta? Kita berikan 100K.


Saudara-saudari, Ada 4 kebenaran yang boleh kita pelajari tentang persepuluhan, iaitu,

(1) Janji Persepuluhan

(2) Tujuan Persepuluhan

(3) Tempat Persepuluhan

(4) Masa Persepuluhan


(1) Janji Persepuluhan



Ini adalah janji Tuhan. Jika kita meletakkan Tuhan di tempat yang pertama di dalam kewangan kita, Tuhan akan memberkati kita !


Lebih daripada itu, bangsal hasil pekerjaan kita akan terisi sehingga melimpah ruah.

Oleh itu, jikakalau kita memberikan persepuluhan, janji persepuluhan ialah Tuhan akan memberkati kita...


(2) Tujuan Persepuluhan



Bertakwa bermakna takut akan Tuhan dan dengan itu, kita memberikan keutamaan kepada Tuhan.


Setiap kali kita memberikan persepuluhan, kita akan menyatakan kepada Tuhan:

  • Untuk Masa Dahulu

  • Untuk Masa Sekarang

  • Untuk Masa hadapan

Untuk Masa Dahulu - kita bersyukur kepada berkat yang telah diberikan kepada kita untuk masa yang lepas. Untuk Masa Sekarang - kita menyatakan bahawa, Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita, yang sekarang ini. Untuk Masa hadapan – kita menyatakan Iman kita kepada Tuhan yang akan memenuhi segala keperluan kita untuk masa yang akan datang.


(3) Tempat Persepuluhan



Di dalam Alkitab, inilah, satu-satunya bahagian firman Tuhan yang menjemput kita menguji Tuhan.


Tempat yang kita lakukan persepuluhan, seperti yang yang dinyatakan di sini ialah perbendaharaan Bait Tuhan, iaitu, tempat ibadah kita.

Lebih daripada itu, janji Tuhan ialah berkat Tuhan melimpah.


(4) Masa Persepuluhan



Maksudnya, di dalam kita mengasingkan setiap minggu untuk Tuhan.

Kita harus merancangkan pemberian kita kepada Tuhan.

(We must plan for it).


  • Bukan secara emosi

  • Bukan apabila kita ada baki dalam bank akaun kita.

  • Bukan selepas segala pembelanjaan kita.


Tetapi, mengasingkan pada hari yang pertama kita mendapat gaji kita.

Jadi, perkara yang penting untuk kita melakukan prinsip yang ke2 ini, iaitu, prinsip persepuluhan, ialah untuk kita membuat pelan pembelanjaan.


Jadi kita telah mempelajari prinsip yang ke 2 ini, iaitu prinsip persepuluhan. Prinsip ini tidak diajar oleh dunia tetapi ini adalah sebahagian daripada “financial spritual laws” yang jikalau kita praktikkan akan menjadikan kita pemenang di dalam bahagian kewangan. {Financial Spiritual laws” ini adalah sama dengan “gravity law”. Walaupun kita tidak nampak, apa yang dicampakkan ke atas akan turun ke bawah. Sama juga dengan “Financial spiritual laws” apa kita berikan, akan kita terima dengan melimpah-limpah menurut firman Tuhan.


Elder Ann Wan Kuan

bottom of page